awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Zakat MAINPP hampir capai sasaran kutipan zakat RM200 juta pada 2025
Ops Ambang Tahun Baharu: Polis keluarkan 12,437 saman
Agensi kemanusiaan PBB desak Israel batalkan larangan terhadap agensi bantuan kemanusiaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jenazah jurulatih penerbangan akan dikebumikan di Semenyih - Bapa saudara

Amirrul Rabbani
Amirrul Rabbani
02/08/2022
04:18 MYT
Jenazah jurulatih penerbangan akan dikebumikan di Semenyih - Bapa saudara
Menurut Radzi yang juga bapa saudara Allahyarham Fajim Juffa Mustafa Kamal, jenazah anak saudaranya akan dikebumikan di Semenyih, Selangor hari ini. - Gambar Astro AWANI
IPOH: Jenazah jurulatih penerbangan, Fajim Juffa Mustafa Kamal, 52, yang maut dalam nahas pesawat ringan terhempas di Jalan Raja Dr Nazrin Shah, Medan Gopeng, di sini, malam tadi akan dikebumikan di Semenyih, Selangor, hari ini.
Menurut bapa saudara Allahyarham yang mahu dikenali sebagai Radzi, 57, jenazah Fajim Juffa akan dibawa pulang ke Semenyih selepas selesai proses bedah siasat di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) dekat sini.
Katanya, jenazah Allahyarham dijangka dibawa ke Surau Al-Kauthar Bandar Tasik Kesuma, Semenyih untuk disembahyangkan sebelum dikebumikan di tanah perkuburan berhampiran.
Dalam pada itu, beliau yang tinggal di Klebang Damai menyifatkan Allahyarham merupakan seorang yang ceria dan mudah didekati.
“Kali terakhir jumpa dengan arwah pada Hari Raya Aidiladha baru-baru ini. Dia seorang yang ceria dan mudah bersembang dengan orang.
“Dia seorang yang rendah diri. Kalau bersembang pun dia tidak suka menonjolkan diri dia sangat (menunjuk-nunjuk),” kata Radzi kepada pemberita ketika ditemui di Unit Forensik HRPB, di sini, pada Selasa.
Tinjauan Astro AWANI di lokasi mendapati ahli keluarga dan kenalan Allahyarham mula tiba HRPB sekitar pukul 8 pagi.
Dalam pada itu, Radzi memberitahu isteri dan tiga anak Allahyarham Fajim Juffa masih diselubungi perasaan hiba susulan kehilangan insan tersayang.
Radzi juga berkata, daripada tiga beradik, hanya Fajim Juffa sahaja yang mewarisi minat bapanya berkhidmat sebagai tentera udara.
“Bapa kandung arwah juga terkorban dalam nahas membabitkan pesawat iaitu dalam tragedi helikopter Nuri di Muara Sungai Lundu, Sarawak pada tahun 1989," jelas beliau lagi.
Dalam nahas pukul 8 malam tadi, Fajim Juffa yang berasal dari Semenyih, terkorban manakala seorang lagi jurulatih penerbangan iaitu Muhammad Din Fikri Zainal Abidin, 62, dari Bukit Damansara, Kuala Lumpur cedera.
Mereka dilaporkan bertolak dari sekolah latihan kapal terbang yang terletak berhampiran sebelum kejadian.
Topic Berkaitan
#nahas pesawat ringan
#jurulatih penerbangan maut
#Fajim Juffa Mustafa Kamal
#Muhammad Din Fikri Zainal Abidin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan