awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Zohran Mamdani ikrar perangi Islamofobia, rasisme terhadap rakyat Palestin
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jenazah kanak-kanak jatuh tingkat 11 selamat dikebumi

Sinar Harian
Sinar Harian
30/01/2023
22:30 MYT
Jenazah kanak-kanak jatuh tingkat 11 selamat dikebumi
Jenazah Muhammad Izzuddin Abdul Hadi dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Mount Austin di sini pada jam 6.20 petang Isnin. -Foto Sinar Harian
JOHOR BAHRU: Hujan renyai mengiringi majlis pengebumian kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun yang terjatuh dari tingkat 11, Rumah Pangsa Larkin di sini pada lewat petang Ahad.
Jenazah Muhammad Izzuddin Abdul Hadi dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Mount Austin di sini pada jam 6.20 petang Isnin.
Terdahulu solat jenazah disempurnakan di Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini selepas dikafankan.
Sementara itu, keluarga kanak-kanak berkenaan masih terkejut serta bersedih dengan kejadian itu dan enggan ditemui pihak media.
Kenalan rapat keluarga mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Samsudin berkata, keluarga mangsa berharap orang ramai tidak membuat spekulasi berkaitan kejadian.
"Keluarga masih sedih dan diharap mereka diberi ruang. Ajal dan maut di tangan Tuhan, kami berharap semoga rohnya dicucuri rahmat.
"Hanya Allah saja mengetahui situasi ditempuhi keluarga dan diharap semua pihak memahami," katanya ditemui tanah perkuburan itu.
Sinar Harian sebelum ini melaporkan, kanak-kanak terbabit patah tangan kiri selepas terjatuh dari tingkat 11, rumah pangsa berkenaan dalam kejadian pada jam kira 7.30 malam semalam.
Kanak-kanak berkenaan kemudian dibawa ke HSA namun meninggal dunia ketika menerima rawatan kira-kira jam 12.30 tengah Ahad. -Sinar Harian
Topic Berkaitan
#jatuh dari tingkat 11
#Rumah Pangsa Larkin
#Muhammad Izzuddin Abdul Hadi
#Hospital Sultanah Aminah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan