awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kuota BUDI95 tidak akan dikurangkan ikut kelas pendapatan - KSU Perbendaharaan
Agong dipersembah taklimat perancangan KUSKOP, perkasa PMKS
Jepun tangguh pelancaran roket H3 bagi siasat kegagalan terdahulu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jenazah Laskar Kanan PAP Maslim diterbangkan ke Semporna pagi ini

Bernama
Bernama
25/06/2020
01:28 MYT
Jenazah Laskar Kanan PAP Maslim diterbangkan ke Semporna pagi ini
Jenazah Maslim diterbangkan ke Semporna 8.05 pagi menggunakan helikopter EC 725 TUDM. - BERNAMA
Jenazah Allahyarham Laskar Kanan PAP Maslim Abdul Rahim, 35, seorang daripada anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang terkorban dalam kemalangan jalan raya Ranau-Kota Kinabalu, pada Selasa lepas diterbangkan ke kampung halamannya di Semporna, pagi ini.
Jenazah arwah diterbangkan ke Semporna dengan menaiki helikopter Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) EC 725 dan berlepas pukul 8.05 pagi dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu, Terminal 2, di sini.
Jenazah yang diiringi Laskar Kanan 1 PAP Mohamad Hafiz Md Nor dijangka tiba di Semporna pukul 9.35 pagi di Semporna.
Proses bedah siasat telah selesai dijalankan pukul 2.00 petang semalam di Jabatan Forensik Hospital Queen Elizabeth.
Maslim dari Markas Wilayah Laut (Mawilla) 2 Pangkalan TLDM Sandakan antara tiga mangsa nahas jalan raya yang berlaku pukul 1.03 petang, Selasa lepas.
Kemalangan itu turut mengorbankan dua lagi anggota iaitu Laskar Kelas I TNL Mohamad Firdaus Mat Izan dari Kluang, Johor dan Laskar Kelas I TMK Muhammad Arif Idris dari Melaka, manakala yang cedera ialah Laskar Kelas II TLR Vincent M Orel.
Jenazah Mohamad Firdaus dan Muhammad Arif dijangka diterbangkan hari ini ke Johor dan Melaka.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#EC
#jenazah
#kemalangan
#Kota Kinabalu
#Laskar Kanan PAP
#Maslim Abdul Rahim
#nahas jalan raya
#Ranau-Kota Kinabalu
#Sandakan
#Semporna
#Tentera Laut Diraja Malaysia
#TLDM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan