NATIONAL
Jenazah Mahadzir Lokman disemadi esok

Jenazah Mahadzir disembahyangkan di Masjid Negeri Sabah sejurus selepas selesai urusan di Hospital Queen Elizabeth di sini, petang tadi. - Gambar Astro AWANI/Ruzaini Zulkepli
Jenazah pengacara terkenal, Allahyarham Datuk Mahadzir Lokman yang meninggal dunia di sebuah hotel di sini pagi tadi akan dibawa pulang dengan menggunakan penerbangan Malaysia Airlines pada jam 9.25 malam ini.
Menurut adik Allahyarham, Ida Lokman yang ditemui di pekarangan Masjid Negeri Sabah di sini sejurus upacara sembahyang jenazah dilakukan sebentar tadi, mengesahkan perkara berkenaan.
Menurut adik Allahyarham, Danny Lokman melalui mesej pesanan ringkas WhatsApp kepada Astro AWANI, solat jenazah akan diadakan di kediaman mereka di Petaling Jaya, Selangor pada jam 9.30 pagi sebelum disemadikan di Tanah Perkuburan Bukit Kiara pada jam 10.30 pagi.

Jenazah Allahyarham Mahadzir sedang dimasukkan dalam van jenazah di Kota Kinabalu hari ini. - Foto Astro AWANI/Ruzaini Zulkepli
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami