awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PAU 2025: Perwakilan cadang buka lebih banyak ruang dan pentas untuk suarakan pandangan
Amanah saran pendekatan baharu, persaingan positif perkasa Melayu Islam
Tahap kesihatan PM Anwar memberangsangkan, boleh jalani tugas rasmi - Pengarah HSIS
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jenazah Nazrin Hassan dibawa ke PPUM untuk bedah siasat kali kedua

Astro Awani
Astro Awani
08/10/2018
05:52 MYT
Jenazah Nazrin Hassan dibawa ke PPUM untuk bedah siasat kali kedua
Van yang membawa jenazah bekas Ketua Pegawai Eksekutif Cradle Fund Sdn bhd, Allahyarham Nazrin Hassan selepas proses menggali semula bagi siasata polis di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 9 Kota Damansara, hari ini. - fotoBERNAMA
Jenazah Ketua Pegawai Eksekutif Cradle Fund Sdn Bhd, Nazrin Hassan telah digali keluar dan dibawa Pusat Perubatan Universiti Malaysia bagi membolehkan proses bedah siasat kedua mengenal pasti punca kematiannya.
Proses penggalian semula jenazah Nazrin bermula sekitar jam 10.30 pagi sehingga 12.45 tengah hari tadi di Tanah Perkuburan Islam, Seksyen 9, Kota Damansara, Petaling Jaya.
Perkara ini disahkan oleh Ketua Polis Selangor, Datuk Mazlan Mansor sebentar tadi.
Jenazah akan dibedah siasat di pusat perubatan berkenaan petang ini, menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Selangor, Nor Azman Muhammad Yusof.
Pagi tadi, isteri Allahyarham Nazrin, Samirah Muzaffar gagal dalam permohonannya untuk menangguhkan proses penggalian kubur suaminya hari ini.
Keputusan sebulat suara itu dibuat panel tiga Hakim Mahkamah Rayuan yang dipengerusikan oleh Datuk Mohtarudin Baki selepas mahkamah menolak permohonan Samirah.
Topic Berkaitan
#gali
#jenazah
#kubur
#Mazlan Mansor
#Nazrin Hassan
#perubatan
#PPUM
#pusat perubatan universiti malaya
#samirah muzaffar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan