awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Khamenei beri amaran kepada AS serangan akan mencetuskan perang serantau
Angka korban kebakaran bar di Switzerland meningkat kepada 41
Pakistan umum boikot perlawanan Piala Dunia T20 Lelaki ICC
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jenazah Osman akan dikebumikan selepas Zohor

Sinar Harian
Sinar Harian
22/12/2021
02:59 MYT
Jenazah Osman akan dikebumikan selepas Zohor
Datuk Osman Sapian disahkan meninggal dunia di kediaman anaknya di Kuala Lumpur kira-kira jam 11.45 malam pada Selasa.
JOHOR BAHRU: Jenazah bekas Menteri Besar Johor, Datuk Osman Sapian dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Impian Emas, di sini, selepas Zohor pada Rabu.
Timbalan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Johor, Senator Md Nasir Hashim berkata, pihaknya mendapat makluman berhubung perkara itu daripada keluarga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kempas terbabit.
"Jenazah Datuk Osman dijangka tiba tengah hari ini dari Damansara, Selangor.
"Jenazah akan dibawa ke Masjid Al Raudah, Kampung Dato Onn, Larkin untuk disolatkan sebelum dibawa ke Tanah Perkuburan Islam Taman Impian Emas, di sini, untuk dikebumikan selepas Zohor nanti," katanya ketika dihubungi pada Rabu.
Datuk Osman Sapian, 70, disahkan meninggal dunia di kediaman anaknya di Kuala Lumpur kira-kira jam 11.45 malam pada Selasa.
Sebelum itu pada 13 Oktober media melaporkan Osman dikejarkan ke Hospital Pakar Kumpulan Perubatan Johor (KPJ) Johor kerana diserang strok ringan.
Osman kemudiannya dipindahkan ke Hospital Pengajar Universiti Putra Malaysia (HPUPM) Selangor untuk mendapatkan rawatan selepas tahap kesihatannya merosot.
Bagaimanapun, pada 13 November 2021, Osman dilaporkan kembali stabil tetapi masih berada dalam pemerhatian rapi dan tidak sedarkan diri.
Artikel asal di Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Osman Sapian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan