awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sepanyol bakal haramkan remaja bawah 16 tahun guna media sosial
PASFA bayar dividen RM1.508 juta kepada 750 peserta tahun ini - Wan Rosdy
MEF sambut baik gesaan kerajaan ke arah ekosistem perniagaan yang lebih kukuh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jenazah pelajar Malaysia, Amirul Ashraff, dibawa pulang minggu depan

Bernama
Bernama
07/08/2019
11:55 MYT
Jenazah pelajar Malaysia, Amirul Ashraff, dibawa pulang minggu depan
Pegawai Mara di Australia sedang berusaha memastikan jenazah Amirul Ashraff dapat dibawa pulang segera. - Sinar Harian
Jenazah Amirul Ashraff Md Azhar, pelajar Malaysia yang meninggal dunia selepas dipercayai terjatuh dari pangsapuri yang didiaminya di Sydney, Australia, semalam dijangka dibawa pulang minggu depan.
Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Seri Rina Mohd Harun berkata pegawai Majlis Amanah Rakyat (Mara) di Australia sedang berusaha memastikan jenazah penuntut tahun akhir Ijazah Kejuruteraan Mekatronik di Universti Technology Of Sydney itu dapat dibawa pulang segera.
Beliau berkata urusan tersebut dijangka dapat dimuktamadkan selepas proses bedah siasat dan siasatan ke atas pelajar tajaan Mara yang sedang dilakukan pihak berkuasa negara itu diselesaikan.
"Pegawai kita di sana sedang berusaha menyelesaikan beberapa perkara termasuk urusan dokumentasi yang memerlukan sedikit masa untuk diselesaikan.
"Tetapi menurut pegawai terbabit, jenazah dijangka dapat di bawa pulang ke Malaysia minggu depan," katanya kepada pemberita selepas meraikan 70 pelajar cemerlang di bawah program Budi Mara dari Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) di sini hari ini.
Hadir sama Ketua Pengarah Mara Datuk Azhar Abdul Manaf.
Dalam kejadian itu, Amirul Ashraff, 22, dari Taiping, Perak dikatakan tergelincir dari aras 23 pangsapuri didiaminya yang terletak kira-kira lima kilometer dari universiti berkenaan.
Rina berkata waris Amirul Ashraff juga telah dimaklumkan mengenai perkara tersebut dan menyerahkan kepada Mara untuk menguruskan kepulangan jenazah anak sulung daripada tiga beradik itu.
Dalam pada itu, Rina berkata beliau difahamkan rayuan Amirul Ashraff untuk mengambil semula peperiksaan lima mata pelajaran yang gagal telah diluluskan Mara.
Memang beliau ada hantar rayuan, Mara proses dan kita telah luluskan untuk dia menyambung semula pelajaran, katanya.
Mengenai Program Budi Mara, Rina berkata kementerian memperuntukkan sebanyak RM1.65 juta tahun ini bagi membantu seramai 1,500 pelajar MRSM dalam kalangan keluarga berpendapatan B40.
Katanya 70 pelajar cemerlang yang diraikan hari ini adalah bukti kejayaan program Budi Mara selepas memperoleh Purata Nilai Gred 3.70 dan ke atas dalam peperiksaan semester akhir yang lepas.-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Amirul Ashraff Md Azhar
#jatuh pangsapuri
#jenazah pelajar malaysia
#Majlis Amanah Rakyat
#MARA
#meninggal dunia
#penuntut malaysia
#sydnet
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan