KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan (KKM) menetapkan tatacara pengurusan jenazah Islam yang dijangkiti COVID-19 dibenarkan untuk dimandi dan dikafankan dengan amalan langkah berjaga-jaga, kata Menterinya Khairy Jamaluddin.
Khairy berkata urusan mandi dan kafan akan dilakukan oleh pengendali jenazah yang terlatih di hospital dengan pemakaian peralatan pelindung diri (PPE) lengkap dan bersesuaian serta mengelakkan aktiviti yang berunsur prosedur penjanaan aerosol (AGP).
Beliau berkata selain itu hanya dua orang waris dengan status vaksinasi lengkap serta memakai PPE yang lengkap dibenarkan membantu urusan memandikan dan mengafankan jenazah di hospital.
"KKM ingin memaklumkan tatacara pengurusan jenazah Islam dan bukan Islam yang dijangkiti COVID-19 disemak semula agar ia relevan dengan situasi semasa.
"Semakan semula ini juga adalah sejajar dengan Resolusi Mesyuarat Khas Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ketiga Tahun 2021 yang bersidang pada 26 Julai 2021," katanya dalam kenyataan hari ini.
Sebelum ini, KKM menetapkan tatacara pengendalian jenazah pesakit COVID-19 beragama Islam hanya melakukan proses tayamum di atas permukaan paling luar beg jenazah tanpa perlu dimandikan dan diuruskan sepenuhnya di hospital tanpa penglibatan waris.
Sementara itu, bagi pengurusan mayat bukan Islam yang dijangkiti COVID-19, Khairy berkata sekiranya prosedur last rite atau upacara terakhir memerlukan penukaran pakaian baharu, pakaian tersebut boleh diletakkan di atas badan mayat tanpa prosedur AGP dan hanya dua waris lengkap vaksinasi dibenarkan sertai urusan itu.
Selain itu, turut disemak semula adalah penggunaan satu beg mayat bagi setiap jenazah atau mayat yang dijangkiti COVID-19 berbanding sebelum ini yang perlu menggunakan dua beg mayat.
Menurut Khairy, KKM tidak menetapkan jumlah waris yang boleh terlibat dalam upacara pengebumian jenazah tetapi perlu memakai PPE.
"KKM juga tidak menetapkan jumlah individu yang hadir ke upacara itu, namun perlu memakai pelitup muka dan elakkan dari bersesak-sesak," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jun 29 2022

Khairy berkata urusan mandi dan kafan akan dilakukan oleh pengendali jenazah yang terlatih di hospital dengan pemakaian peralatan pelindung diri (PPE) lengkap dan bersesuaian. - Gambar fail/BERNAMA

Isu LCS | Syor penubuhan RCI dibawa ke Kabinet
Kementerian Pertahanan akan mengemukakan kepada Kabinet berhubung syor penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat skandal pembelian kapal tempur pesisir (LCS). Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein memberi jaminan tersebut ketika menjawab usul berkaitan projek pembinaan LCS yang dibawa oleh Senator Lim Hui Ying di Dewan Negara pada Selasa.

Projek Lantanid | Perak dapat kebenaran rancang lombong lantanid
Projek melombong nadir bumi lantanid di Hulu Perak telah mendapat kebenaran merancang daripada daripada Majlis Daerah Gerik. Bagaimanapun Menteri Besar, Datuk Seri Saarani Mohamad menjelaskan kebenaran yang diperolehi itu adalah bersyarat.

Isu Kewarganegaraan | Wan Junaidi akan jumpa NGO dan 6 wanita Malaysia
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang), Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar akan bertemu dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan enam wanita Malaysia mengenai isu kewarganegaraan anak-anak mereka.

RUU Antilompat Parti | Dipersembah kepada Agong dalam masa terdekat
Rang Undang-Undang Perlembagaan (Pindaan) (No. 3) 2022, mengenai larangan ahli Parlimen bertukar parti akan dipersembah kepada Yang di-Pertuan Agong dalam masa terdekat untuk diperkenan. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata selepas diperkenan Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, pelaksanaan RUU itu akan digazetkan mengikut garis masa yang disasarkan iaitu minggu pertama September.

10 Berita Pilihan - (16 Ogos 2022)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 16 Ogos 2022.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

CEO Pfizer disah positif COVID-19
Ketua Pegawai Eksekutif Pfizer Inc. Albert Bourla mendedahkan beliau disahkan positif COVID-19 dan sedang menerima rawatan menggunakan ubat antiviral Paxlovid dihasilkan syarikatnya.

Pekerja kontrak maut dihempap dinding runtuh
Pekerja kontrak maut akibat dihempap dinding batu ketika sedang melakukan kerja-kerja pengubahsuaian bangunan di ladang kelapa sawit di Springhill Port Dickson, petang Selasa.

Isteri Presiden AS, Jill Biden positif COVID-19
Jill Biden disahkan positif ketika sedang bercuti bersama keluarganya di South Carolina, AS.

Jenazah pesakit COVID-19 boleh dimandi, dikafankan - Khairy
KKM menetapkan tatacara pengurusan jenazah Islam yang dijangkiti COVID-19 dibenarkan untuk dimandi dan dikafankan dengan amalan langkah berjaga-jaga.

Rasuah pengurusan jenazah: Jabatan Kesihatan Selangor tunggu laporan SPRM
Setakat ini pihaknya hanya menerima laporan berkenaan yang membabitkan kakitangan di Hospital Kajang dan Hospital Serdang.

Rasuah pengurusan jenazah: Tiga petugas kesihatan direman lima hari
Ketiga-tiga lelaki itu direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009 bagi kesalahan meminta dan menerima rasuah.

Minta, terima suapan babit pengurusan jenazah, 4 lagi individu ditahan SPRM
Semua suspek lelaki yang berkhidmat di salah sebuah hospital di Selangor dipercayai telah meminta dan menerima wang suapan terbabit bagi setiap pengurusan jenazah.

Gadis, pemuda tidak kekok menjadi pembantu jurumandi jenazah
Nur Akmaliah Alias mengikut jejak langkah ibunya, Rosmawati Abdullah, yang merupakan seorang jurumandi jenazah.

Lagi kakitangan Hospital Kajang didakwa rasuah pengurusan jenazah
Mohd Fariq bagaimanapun mengaku tidak bersalah apabila pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan hakim.

Harungi sungai dengan PPE urus jenazah pesakit COVID-19
Jenazah yang dibawa mereka adalah wanita warga emas berusia 87 tahun yang meninggal dunia pada Isnin lalu dan disahkan dijangkiti COVID-19 oleh pihak KKM.

Rasuah pengurusan jenazah: SPRM tahan 5 kakitangan hospital
SPRM Selangor telah menahan lima kakitangan sebuah hospital kerana disyaki meminta dan menerima wang suapan daripada ejen pengurusan jenazah.

Proses tayamum tidak perlu pada jenazah COVID-19 jika berisiko - Mufti Selangor
Perkara itu diputuskan dalam satu mesyuarat khas Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor pada 7 Ogos lalu.

KETENGAH salur bantuan kewangan tanggung kos pengurusan jenazah
Bantuan yang disalurkan itu adalah sumbangan daripada keuntungan operasi anak syarikat dibawah KETENGAH.