Jenazah Pitt Haniff selamat dikebumi

Astro Awani
Oktober 27, 2019 21:21 MYT
Jenazah pengarah filem Pitt Haniff selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam AU2, Taman Keramat, Kuala Lumpur sekitar jam 2 pagi tadi. -Astro AWANI/Shahir Omar
Jenazah pengarah filem Pitt Haniff selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam AU2, Taman Keramat, Kuala Lumpur sekitar jam 2 pagi tadi.
Allahyarham yang nama sebenarnya Mohd Firdaus Mohammad Haniff, 43, sebelum itu dibawa dari Hospital Kuala Lipis sekitar jam 10.30 malam dan tiba di Kuala Lumpur dua jam kemudian.
Jenazah Allahyarham yang juga anak kepada pelakon Fauziah Nawi kemudian dibawa ke rumah ibunya di Taman Melati sebelum dikebumikan.
BACA: Jenazah Pitt Hanif dibawa ke Kuala Lumpur
BACA: "Pitt.. damailah di sana, kami akan merindui kamu"
BACA: Jenazah Pitt Hanif sudah ditemui pasukan SAR
BACA: Pitt belum ditemui, operasi pencarian diteruskan
BACA: Yuna doa agar Pitt Haniff ditemukan selamat
Selain keluarga, lebih 500 hadirin terdiri daripada saudara-mara, kru produksi, rakan artis dan penduduk hadir bagi memberikan penghormatan terakhir kepada pengarah filem ‘Coast Guard” itu.
Antara selebriti yang hadir termasuk Sharifah Amani, Datuk Rosyam Nor, Fasha Sandha, Remy Ishak dan Khir Rahman, Mustapha Kamal dan isteri Susan Manen, Fizz Fairuz, Beto Kusyairy dan Aziz M. Osman.
Allahyarham meninggalkan seorang isteri, Farah Ahmad dan tiga cahaya mata.
Pada Sabtu lalu, Allahyarham dilaporkan hilang di Sungai Jelai, Kg Mela, Kuala Lipis Pahang, apabila bot fiber yang dinaiki bersama seorang rakannya ketika memancing, terbalik selepas berlanggar dengan tiang jambatan Gemunchur.
Jenazah Allahyarham ditemui terapung oleh pasukan penyelamat kira-kira 500 meter dari lokasi kejadian pada jam 4.25 petang Ahad.
#Farah Ahmad #Mohd Firdaus Mohammad Haniff #Pitt Haniff #Taman Keramat #Tanah Perkuburan Islam AU2