awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MARA sasar UPTM, UniKL disenaraikan di Bursa Malaysia - Ahmad Zahid
KPop Demon Hunters bakal kembali? Sekuel sah dalam pembikinan, dijangka terbit pada 2029
SPRM syor lima penambahbaikan perkukuh tatakelola projek MyKiosk
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jenazah Setiausaha Jumaah Majlis Diraja Johor selamat dikebumikan

Bernama
Bernama
16/11/2024
21:45 MYT
Jenazah Setiausaha Jumaah Majlis Diraja Johor selamat dikebumikan
Abdul Latiff menghembuskan nafas terakhir ketika menerima rawatan di Hospital Columbia Asia, Tebrau di sini pada 1.01 tengah hari Sabtu. - Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar
JOHOR BAHRU: Jenazah Setiausaha Jumaah Majlis Diraja Johor Datuk Abdul Latiff Yusof selamat dikebumikan sekitar 6.30 petang di Tanah Perkuburan Islam Mount Austin di sini semalam.
Abdul Latiff, yang berusia 71 tahun, menghembuskan nafas terakhir ketika menerima rawatan di Hospital Columbia Asia, Tebrau di sini pada 1.01 tengah hari.
Terdahulu, jenazah dikafan dan disolatkan di Masjid Bomba Larkin sebelum dibawa ke kediaman Allahyarham di Kampung Serama, Larkin untuk solat jenazah kali kedua serta penghormatan terakhir.
Bekas Setiausaha Kerajaan Johor itu meninggalkan balu, Datin Safiah Aris dan empat anak.
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah turut menzahirkan ucapan takziah atas pemergian beliau.
Pemergian Allahyarham dikongsikan menerusi hantaran di laman Facebook rasmi Seri Paduka Baginda Sultan Ibrahim.
Abdul Latiff, yang memiliki pengalaman 36 tahun dalam perkhidmatan awam Johor, memulakan kerjaya sebagai Penolong Pemungut Hasil Tanah di Pejabat Tanah Kota Tinggi pada 1975.
Antara jawatan yang pernah disandang ialah Yang Dipertua Majlis Perbandaran Batu Pahat, Pegawai Daerah Mersing, Pegawai Daerah Kluang, Pegawai Daerah Muar dan Datuk Bandar Majlis Bandaraya Johor Bahru.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Setiausaha Jumaah Majlis Diraja Johor
#kebumi
#meninggal dunia
#Abdul Latiff Yusof
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan