Jenazah Ketua Jururawat Hospital Serdang, Siti Kharina Mohd Kamarudin, selamat dikebumikan di tanah perkuburan Islam Kampung Tengah, Seri Menanti dekat sini, pada 9 malam ini.
Sebelum itu, jenazah Siti Kharina, 40, tiba di kampung halamannya di Kampung Tengah, pada 6.15 petang tadi.
Jenazah kemudiannya dibawa ke dalam rumah untuk tatapan terakhir anggota keluarga, saudara-mara, sahabat-handai dan jiran tetangga.
Anggota Parlimen Kuala Pilah yang juga Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Eddin Syazlee Shith antara 100 hadirin yang datang menziarah jenazah Allahyarham.
BACA: Siti Kharina dikelar, darah mengalir sampai ke pintu
BACA: Kes bunuh Siti Kharina: Suspek ketiga ditahan polis
Misteri kehilangan Siti Kharina yang dilaporkan hilang pada 8 Mei lalu terjawab selepas mayatnya ditemui di unit kondominium yang disewanya di Cyberjaya semalam.
Mayat wanita itu ditemui pemilik rumah berkenaan pada Rabu dengan kesan kelar di dada, leher dan kepala.
Mangsa, dilapor hilang 8 Mei lalu selepas kali terakhir dilihat di tempat letak kereta Hospital Serdang pada 4 petang.
Siti Kharina meninggalkan suami, tiga anak perempuan iaitu seorang berusia 14 tahun dan kembar berusia 10 tahun.
BACA: Jururawat mati dibunuh: Suspek warga Nigeria, Pakistan ditahan bantu siasatan
Sementara itu, ibu saudara Allahyarham, Datin Fauziah Mohamed, 54, berkata kali terakhir beliau berjumpa dengan arwah pada petang Ahad lepas iaitu sehari sebelum puasa di rumah keluarga di Kampung Tengah.
Katanya beliau bersama keluarga Siti Kharina pulang ke kampung bagi menyambut Ramadan selain berbincang mengenai persiapan raya di kampung.
"Bagaimanapun, tidak nampak sebarang perubahan pada Kak Long (Siti Kharina) ketika itu dan kami berbual seperti biasa.
"Kak Long yang saya kenali seorang anak saudara yang baik dan peramah. Kehilangan Kak Long ini benar-benar mengejutkan keluarga kami lebih-lebih lagi pada bulan Ramadan ini.
"Tidak sangka ada orang yang tergamak melakukan jenayah sedemikian dan kami berharap pihak polis dapat menangkap penjenayah itu dan dibawa ke muka pengadilan," katanya ketika ditemui.
BACA: Kes bunuh Siti Kharina: Suspek ketiga ditahan polis
Katanya, beliau mengetahui berita kehilangan arwah melalui WhatsApp anaknya dan paling mengejutkan Allahyarham berjaya ditemui namun telah meninggal dunia.
Sepupu Siti Kharina yang hanya mahu dikenali sebagai Zura, 49, berkata beliau turut terkejut menerima berita kejadian itu.
"Kami sudah bertahun tidak berjumpa dan kejadian ini benar-benar memberi kesan kepada kami semua, tambahan pula pada bulan Ramadan," katanya.
Bernama
Thu May 16 2019
Misteri kehilangan Siti Kharina yang dilaporkan hilang pada 8 Mei lalu terjawab selepas mayatnya ditemui di unit kondominium yang disewanya di Cyberjaya. - Gambar fail
Dua anak Tun M sekali lagi diberi tempoh lanjutan 30 hari bagi isytihar harta
Maklumat harta serta aset Mirzan dan Tan Sri Mokhzani sejak empat dekad lalu perlu dikemukakan dalam tempoh 30 hari kepada SPRM.
AWANI Ringkas: Kes saman fitnah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: PRK Kuala Kubu Baharu
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Thomas Cup: Zii Jia ketepikan 'kegoyahan' kem perseorangan lelaki negara
Lee Zii Jia tidak mahu terlalu memikirkan situasi kem perseorangan negara yang kurang mantap menjelang aksi pembukaan Kumpulan D saingan Piala Thomas 2024 berdepan Hong Kong, esok.
AirAsia Group bakal disenaraikan di Bursa Malaysia pada September - Tony Fernandes
AirAsia Group Sdn Bhd (AAG) bakal disenaraikan di Bursa Malaysia pada September, mengambil alih status penyenaraian AirAsia X Bhd, kata Ketua Pegawai Eksekutif Capital A Bhd Tan Sri Tony Fernandes.
Sebutan rayuan pendakwaan terhadap Bung Moktar, isteri ditetapkan 29 Julai
Timbalan pendaftar Mahkamah Rayuan Muhammad Noor Firdaus Rosli menetapkan tarikh itu semasa pengurusan kes hari ini dan beliau turut menetapkan pengurusan kes akhir pada 15 Julai.
AWANI 7:45 [26/04/2024] - Wajar tidak dijemput | UM jemput pensyarah Pro-Israel | Rumah terbuka di Kuala Kubu Bharu | Penamaan calon pada Sabtu
#AWANI745 malam ini bersama Irfan Faruqi;
1. PM sindir pensyarah Amerika jemputan UM berkualiti rendah
2. Mahasiswa boikot kuliah, jika VC UM membisu
3. Bersih dakwa Rumah Terbuka Aidilfitri Selangor bercanggah Akta Kesalahan Pilihan Raya
4. SPR selesai persiapan proses penamaan calon PRK DUN Kuala Kubu Baharu
1. PM sindir pensyarah Amerika jemputan UM berkualiti rendah
2. Mahasiswa boikot kuliah, jika VC UM membisu
3. Bersih dakwa Rumah Terbuka Aidilfitri Selangor bercanggah Akta Kesalahan Pilihan Raya
4. SPR selesai persiapan proses penamaan calon PRK DUN Kuala Kubu Baharu
Freedom Flotilla to Gaza: NGO Malaysia gesa kerajaan mohon kebenaran Republik Guinea-Bissau guna bendera
Kumpulan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) dari Malaysia menggesa kerajaan untuk membantu memudahkan misi pelayaran misi Break The Siege: Freedom Flotilla to Gaza.
Jangan pilih merengek, sebaliknya berunding bantu rakyat - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menempelak pendirian pemimpin yang memilih merengek dan mencaci usaha kerajaan membantu semua kaum, yang hanya merugikan rakyat.
Misi menamatkan kemarau Piala Thomas di Chengdu diteruskan
Menang besar atau balik, itu situasi menanti pasukan badminton lelaki negara yang berhasrat untuk mengukir nama mereka dalam sejarah.
Wanita antara dua ditahan selepas lebih 20 kereta peronda polis ekori mereka
Polis menahan dua individu selepas lebih 20 buah kereta peronda polis mengejar mereka kira-kira 50 kilometer, selepas lari dari pemeriksaan di Jalan Utara, Petaling Jaya menghala ke Cyberjaya.
Cyberjaya jadi pusat data, isu kelestarian perlu ditangani - Cyberview
Permintaan yang sentiasa meningkat menjadikan pusat data sebagai tulang belakang pada era digital.
Sistem penyejukan berpusat di Cyberjaya, kurangkan pelepasan 7,000 tan karbon dioksida setahun
Sistem penyejukan berpusat yang dilaksanakan sejak 1999 itu, digunakan di lebih 46 bangunan di Cyberjaya setakat ini.
Ibu muda didakwa bunuh anak 18 bulan
Umishahirah Khalid yang kelihatan sugul mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan hakim.
Pameran Kejuruteraan Sains Kuala Lumpur julung kali berlangsung di Cyberjaya
Pameran berkaitan sains, teknologi, kejuruteraan dan metametik (STEM) itu juga diadakan secara hibrid di beberapa tempat berbeza.
Projek bekalan kuasa di Cyberjaya, selari cita-cita jadi negeri pintar - MB Selangor
Pembangunan projek bekalan kuasa dan inisiatif tenaga boleh baharu di Cyberjaya, dekat sini, dilihat selari dengan cita-cita Selangor menjadi negeri pintar menjelang 2025, kata Menteri Besar Selangor
Cyberjaya jadi tumpuan syarikat teknologi perluas, manfaat pendigitalan
Ia dilihat memanfaatkan para pemain teknologi, pemilik hartanah, penyewa dan penduduk setempat selain turut memangkin perusahaan kecil dan sederhana (PKS).
Sindiket penipuan tawaran kerja di Cyberjaya tumpas
Mangsa sindiket dikatakan perlu menjadi jurujual produk dengan tawaran gaji lumayan dan komisen sampingan.
Kontraktor mengaku tidak bersalah tiga pertuduhan cabul di Tamarind Square, Cyberjaya
Fariz Sollehim Mohamed, 20, membuat pengakuan itu selepas tiga pertuduhan berkenaan dibacakan di hadapan Majistret Ayuni Izzati Sulaiman di Mahkamah Majistret Sepang di sini.
Penghantar makanan ditahan cabul dua wanita di Tamarind Square
Polis hari ini menahan seorang khidmat penghantar makanan yang disyaki terlibat dalam dua kes mencabul wanita di kawasan parkir pusat komersial Tamarind Square, di sini, petang semalam.