awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tujuh daripada 10 rakyat Malaysia optimistik negara di landasan tepat - Ipsos
Keluarga Altantuya pulangkan semula ganti rugi termasuk faedah kepada kerajaan
FEM 2026: Perlu keseimbangan tangani ‘trilemma tenaga’ – Fadillah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jenazah Siti Masitah Ibrahim selamat dikebumikan

Astro Awani
Astro Awani
18/02/2019
14:55 MYT
Jenazah Siti Masitah Ibrahim selamat dikebumikan
Lebih 100 keluarga terdekat dan penduduk kampung hadir di pengkebumian jenazah Siti Masitah.
Jenazah kanak-kanak perempuan yang ditemui mati terikat di sebuah ladang kelapa sawit pada 10 Februari lalu, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Tanjung Medang pada jam 8.45 malam ini.
Allahyarham Siti Masitah Ibrahim, 11 tahun, akhirnya disemadikan selepas sembilan hari mayatnya dijumpai.
Sebelum itu, jenazahnya dimandikan dan dikapankan di Masjid Tengku Ampuan Afzan di Indera Mahkota Kuantan selepas dituntut ibunya, Solihah Abdullah, 35 tahun.
Jenazah mangsa kemudiannya dibawa ke Surau Ar-Rahmah, di Tanjung Medang untuk solat jenazah.
Lebih 100 keluarga terdekat dan penduduk kampung hadir di pengkebumian jenazah Siti Masitah.
BACA: Tak tahu punca dendam, saya sanggup junjung Quran - Ibu Siti Masitah
BACA: Siti Masitah dipukul dengan kayu, dipercayai angkara dendam - Polis
Siti Masitah dipercayai dibunuh pada 30 Januari lalu dan mayat mangsa ditemui di ladang kelapa sawit Kampung Tanjung Medang Hilir, Pekan, Pahang.
Seorang suspek berusia 23 tahun yang juga kenalan keluarga mangsa ditahan untuk membantu siasatan.
Topic Berkaitan
#ladang kelapa sawit
#mati terikat
#Siti Masitah Ibrahim
#Solihah Abdullah
#Tanah Perkuburan Kampung Tanjung Medang
#Tanjung Medang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan