awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
TNB tingkat kesiapsiagaan, pantau risiko bekalan elektrik ketika banjir
Pulau Pinang naikkan rebat cukai tanah 50 peratus bagi 2026 - Chow
Bayaran saham KPF tertunggak: Kami bukan bank saudagar, tetapi koperasi - Pengerusi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jenazah Tan Sri Zaman Khan selamat dikebumikan

Raja Hisyam Raja Zaid
Raja Hisyam Raja Zaid
11/09/2021
09:35 MYT
Jenazah Tan Sri Zaman Khan selamat dikebumikan
Tan Sri Zaman Khan Rahim Khan selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah, Bukit Kiara kira-kira jam 5.20 petang tadi. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR : Jenazah bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Tan Sri Zaman Khan Rahim Khan selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah, Bukit Kiara kira-kira jam 5.20 petang tadi.
Jenazah Alllahyarham sebelum itu disembahyangkan di Masjid Bukit Aman pada jam 3.30 petang, bagi memberi ruang kepada warga PDRM memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarham.
Allahyarham yang berusia 80 tahun meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) kira-kira jam 10.25 pagi selepas mengalami pelbagai komplikasi penyakit.
BACA: Tan Sri Zaman Khan meninggal dunia
Tan Sri Zaman Khan ketika menerajui JSJ Bukit Aman sekitar penghujung 80-an dan awal 90-an cukup dikenali dengan ketegasannya dalam menjalankan tugas hingga membawa kepada penyelesaian kes berprofil tinggi.
Pada era pentadbiran beliau, beberapa kes besar yang membabitkan jenayah di negara ini adalah melibatkan usaha dan komitmennya sebagai Pengarah JSJ ketika itu.
Antaranya termasuklah kes tebusan di penjara Pudu pada tahun 1986, di mana ketika itu beliau merupakan Pengarah Keselamatan Dalaman dan Ketenteraman Awam.
Selain itu Allahyarham juga terbabit dalam melaksanakan tugasan memburu penjenayah paling ditakuti P. Kalimuthu, hingga akhirnya ditembak mati pada 29 Jun 1993.
Malah, dalam rentetan episod itu, beliau sendiri pernah menerima ugutan daripada penjenayah terbabit.
Peristiwa runtuhan kondominium Highland Towers pada tahun 1993 juga antara rakaman peristiwa yang paling diingati membabitkan beliau. Momen yang paling ikonik adalah ketika petugas media negara merakamkan detik Allahyarham memegang erat mangsa pertama yang berjaya diselamatkan, iaitu seorang bayi, pada 11 Disember tahun tersebut.
Topic Berkaitan
#Zaman Khan
#kebumi
#bekas pengarah JSJ
#PDRM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan