awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
PM Anwar gesa kerajaan negeri patuhi keputusan isu rumah ibadat
Nurul Izzah tubuh Jawatankuasa Pengawasan Bebas untuk perkukuh SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jenazah Tun Salleh Abas selamat dikebumikan

Nur Fazlizai Ali
Nur Fazlizai Ali
16/01/2021
04:47 MYT
Jenazah Tun Salleh Abas selamat dikebumikan
Allahyarham Tun Mohamed Salleh dikebumikan di tanah perkuburan Islam Sheikh Ibrahim, Jalan Pusara, Kuala Terengganu, hari ini.
KUALA TERENGGANU:Jenazah bekas Ketua Hakim Negara Tun Dr Mohamed Salleh Abas yang meninggal dunia awal pagi tadi selamat dikebumikan kira-kira jam 10.40 pagi Sabtu.
Allahyarham yang menghembuskan nafas terakhir pada usia 91 tahun selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sheikh Ibrahim, Jalan Pusara, Kuala Terengganu.
Terdahulu jenazah tiba di tanah perkuburan berkenaan sekitar jam 10 pagi sebelum dikebumikan.
Menurut menantunya, Wan Pauzi Wan Yahya, ayah mertuanya dimasukkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu pada Khamis lalu sebelum dipindahkan ke unit rawatan rapi (ICU).
“Arwah pun ada masalah pneumonia juga selain tekanan darah tinggi. Tekanan darah pun sudah turun, tapi lepas tu macam-macam (komplikasi) yang lain seperti fungsi buah pinggang yang memerlukan (rawatan) dialisis.
“Pagi tadi pada pukul 3.30 pagi kita dapat panggilan telefon mengatakan bapak telah meninggal dalam ICU. Kita harap arwah meninggal dengan baik dalam husnul khatimah. Itu saja kita harapkan,” ujarnya.
Laporan awal menyatakan Mohamed Salleh meninggal dunia akibat pneumonia di HSNZ pada pukul 3.20 pagi Sabtu.
Allahyarham yang berasal dari Kampung Raja, Besut, merupakan Ketua Hakim Negara sejak 1984 hingga 1988.
Beliau juga pernah menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri Jertih mewakili Pas apabila memenangi Pilihan Raya Umum ke-10 pada tahun 1999.
Topic Berkaitan
#Kuala Terengganu
#meninggal dunia
#Besut
#Islam
#ICU
#unit rawatan rapi
#jenazah
#PAS
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan