awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Hujan lebat di California ragut tiga nyawa
21 buah rumah terkesan banjir kilat di Simpang Pulai
‘Picasso’ bola sepak, John Robertson meninggal dunia pada usia 72 tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tun Salleh Abas meninggal dunia

Astro Awani
Astro Awani
15/01/2021
23:57 MYT
Tun Salleh Abas meninggal dunia
Tun Dr Mohamed Salleh Abas meninggal dunia pada usia 91 tahun hari ini.
KUALA LUMPUR:Bekas Ketua Hakim Negara Tun Dr Mohamed Salleh Abas meninggal dunia pada usia 91 tahun hari ini.
Beliau menghembuskan nafas terakhir di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu, pada pukul 3.20 pagi.
“Dengan amat dukacita, Ayahanda kami, Tun Mohd Salleh bin Abas telah kembali ke rahmatullah pada pukul 3:20 pagi Sabtu 16 Januari 2021,” menurut hantaran mesej anak beliau.
Mesej tersebut dikongsi Ahli Dewan Negara Perak, Datuk Seri Mohd Annuar Zaini menerusi Facebook beliau.
Sumber Facebook mohdannuar.zaini
Innalillah. Tun Mohd Salleh Abas sudah tiada. pic.twitter.com/IILYyS2KVR
— (@jailanish) January 15, 2021
Namun tiada butiran lanjut didedahkan berhubung punca kematian Allahyarham.
Sebelum ini, Mohamed Salleh yang juga Pengerusi as-Salihin Trustee Berhad disahkan positif COVID-19 dan dirawat di hospital tersebut.
Allahyarham yang berasal dari Kampung Raja, Besut, merupakan Ketua Hakim Negara sejak 1984 hingga 1988.
Beliau juga pernah menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri Jertih mewakili Pas apabila memenangi Pilihan Raya Umum ke-10 pada tahun 1999.
Topic Berkaitan
#mohamed salleh
#COVID-19
#meninggal dunia
#Tun Salleh Abas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan