Pakar pengangkutan dari JR Kyushu dan JR Freight akan melihat bagaimana sistem pengangkutan awam di Malaysia dapat dioptimumkan, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Beliau berkata, mereka akan datang ke Malaysia serta melihat bukan sahaja aspek meningkatkan kualiti perkhidmatan kepada penumpang dan kargo, tetapi juga melihat bagaimana keuntungan dapat dijana dari sistem itu.
“Japan Railways (JR) dahulu merupakan sebuah syarikat milik kerajaan Jepun. Tetapi syarikat itu selalu rugi, sehingga akhirnya kerajaan membuat keputusan untuk menswastakannya kepada, bukan satu, tetapi kepada beberapa syarikat.
“Apabila ia sudah diswastakan, JR telah menjadi sangat berjaya dan begitu ‘profitable’. Jadi kita telah pergi ke Kyushu baru-baru ini dan meminta mereka membuat kajian tentang keadaan landasan kita, serta bagaimana cara untuk memastikan operasi lebih berkesan,” katanya kepada media Malaysia di Tokyo hari ini.
Beliau sebelum ini dalam rangka lawatan kerja selama tiga hari, dan akan bertolak pulang ke Malaysia pada Rabu.
Dalam satu sidang bersama antara beliau dan Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe semalam, rakan sejawatannya itu telah menyatakan persetujuan untuk menghantar pakar pengangkutan Jepun ke Malaysia akhir bulan ini.
Mengulas lanjut, Dr Mahathir berkata, antara masalah yang dikenal pasti ialah, landasan keretapi di Malaysia semuanya menggunakan kuasa elektrik, tetapi ia tidak mampu membawa kontena.
“Tidak seperti di Jepun, mereka mempunyai landasan khas untuk kontena dan barangan besar,” katanya lagi.
Firdaus Azil
Wed Nov 07 2018
Pakar pengangkutan dari JR Kyushu dan JR Freight akan melihat bagaimana sistem pengangkutan awam di Malaysia dapat dioptimumkan.
Wanita suara garau cemas bilik hotel diserbu JAIS
Seorang wanita yang memiliki suara garau berdepan detik cemas apabila hotel bajet yang dihuni diserbu Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
Fokus Minggu Depan: Masa depan Harimau Malaya dan saingan Kejohanan ASEAN
Ikuti kupasan Pensyarah Kanan Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi UiTM, Mohd Sadek Mustaffa berkenaan masa depan Harimau Malaya dibawah kendalian jurulatih baharu dan berdepan dengan saingan Kejohanan ASEAN.
Banjir: Johor, Pahang beransur pulih, Perak kekal
Situasi banjir di Johor dan Pahang semakin pulih apabila jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di kedua-dua negeri tersebut terus mencatatkan penurunan.
Farm Fresh hulur bantuan pasca banjir di Pantai Timur dan Utara
Farm Fresh Berhad, syarikat pengeluar tenusu tempatan terkemuka melancarkan misi bantuan pasca banjir bermula enam disember lalu untuk membantu mangsa banjir yang terjejas teruk di Kelantan, Terengganu dan Kedah.
KKDW akan laksana PKD Mobile mini di Sabah, Sarawak - Rubiah
Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) akan melaksanakan program Pusat Komuniti Desa (PKD) Mobile mini di kawasan jauh jangkauan khususnya di Sabah dan Sarawak.
Johor peruntuk RM16.8 juta bantu 280,000 keluarga miskin dan B40
Johor memperuntukkan sebanyak RM16.8 juta bagi Program Bantuan Kasih Johor hasil daripada pendapatan yang mencecah RM2 bilion tahun ini.
KHM bimbang 26 konsert di Stadium Hoki Nasional ganggu latihan skuad negara
KHM melahirkan kebimbangan dengan rancangan untuk menganjurkan 26 konsert di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil pada tahun hadapan, yang dilihat boleh mendatangkan kesan kepada persiapan skuad negara.
Polis rakam keterangan ibu bapa, dua doktor
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, berkata setakat ini seramai empat orang dirakam percakapan iaitu ibu bapa bayi dan dua orang doktor.
SAPP tarik diri daripada Perikatan Nasional
Yong berkata PN dilihat jelas ingin bertanding dalam Pilihan Raya Negeri Sabah yang akan datang dan ia bertentangan dengan dasar SAPP yang menyatakan bahawa semua 73 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah sepatutnya hanya ditandingi parti tempatan.
Sekurang-kurangnya tiga maut, 39 cedera dalam serangan bom di utara Thailand
Pihak berkuasa Thailand masih menyiasat kes itu dan masih belum mengesahkan jumlah sebenar mangsa.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Britain buka permohonan visa kepada warga Hong Kong
Selepas menetap lima tahun, mereka juga dibolehkan untuk memohon kewarganegaraan.
Dream of maiden Olympic gold put on hold
When one looks back on this year, it is inevitable that the main topic of discussion will be the COVID-19 pandemic.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AirAsia Japan tutup operasi serta-merta
Penutupan itu susulan impak besar COVID-19 serta larangan perjalanan yang menjejaskan permintaan penerbangan.
AirAsia Japan: AirAsia Group kaji pilihan mengenai operasinya di Jepun, kata Fernandes
Tan Sri Tony Fernandes berkata syarikat penerbangan tambang rendah itu terbuka untuk mengkaji semua pilihan membabitkan operasi di Jepun.
Ibu lawat teman lelaki, anak ditinggalkan mati kelaparan
Suspek dipercayai meninggalkan anaknya selama lebih seminggu untuk bertemu teman lelaki yang berada kira-kira 965 km di wilayah Kagoshima.
COVID-19: Tak boleh jerit naik roller coaster, 'hantu' jaga jarak sosial di taman tema Jepun
Dilarang menjerit ketika menaiki roller coaster, jaga jarak sosial dalam Rumah Hantu dan jangan high-five adiwira kegemaran anda.
MV Diamond Princess akan berlabuh di Port Klang, sah tiada kes COVID-19
Kapal persiaran MV Diamond Princesskini dalam perjalanan ke Malaysia untuk menambah stok barangan dan mengisi minyak.
COVID-19: Ratusan ribu bunga dicantas, elak orang ramai berkunjung ke taman
Walaupun Festival Tulip Sakura tahun ini dibatalkan, namun orang ramai masih mengunjungi lokasi tersebut untuk menikmati pemandangan cantik bunga-bunga di situ.