awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Museveni menang Pilihan Raya Presiden Uganda
PRK Lamag: Mohd Ismail lancar manifesto, kemuka tujuh tawaran
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sekurang-kurangnya 50 maut dalam kebakaran di pusat beli-belah di Iraq

Bernama
Bernama
17/07/2025
09:15 MYT
Sekurang-kurangnya 50 maut dalam kebakaran di pusat beli-belah di Iraq
Banyak mangsa yang terperangkap dalam pusat beli-belah ini berdepan detik mengerikan saat api semakin marak dan dipenuhi asap tebal. - Reuters
BAGHDAD: Sekurang-kurangnya 50 orang maut dalam kebakaran besar di sebuah pasar raya di bandar al-Kut, Iraq, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Seorang gabenor wilayah berkata pada Khamis bahawa kebakaran itu memusnahkan pusat beli-belah bertingkat di wilayah Wasit, kira-kira 170 kilometer ke tenggara Baghdad, ketika orang ramai sedang membeli-belah, menurut saksi yang melihat mereka terperangkap dalam bangunan yang dipenuhi api dan asap tebal.
Beberapa media tempatan Iraq pula melaporkan seramai 77 orang maut dan puluhan lagi cedera, sementara pasukan bomba masih berusaha memadamkan kebakaran dan mengeluarkan mayat mangsa dari bawah runtuhan.
Punca kebakaran masih belum diketahui setakat ini.
Antara mangsa yang terkorban termasuk wanita dan kanak-kanak, kata Gabenor Wasit, Mohammed Jamil al-Miyahi, menurut Agensi Berita Negara Iraq (INA).
"Kami tidak akan berkompromi terhadap sesiapa yang secara langsung atau tidak langsung menyebabkan insiden ini," katanya sambil mengisytiharkan tiga hari berkabung di wilayah berkenaan.
Beliau menambah bahawa hasil siasatan awal mengenai insiden itu akan diumumkan dalam tempoh 48 jam.
Penduduk tempatan memaklumkan kebakaran merebak dengan cepat berikutan kegagalan pematuhan piawaian keselamatan di premis berkenaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kebakaran
#pusat beli-belah
#Baghdad
#Iraq
#mangsa korban
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan