awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Malaysia dipilih Naib Pengerusi Sub-Kumpulan Kerja PBB mengenai peralatan utama
World Taekwondo benarkan atlet Rusia dan Belarus sertai kejohanan antarabangsa
Wakil Rusia-AS-Ukraine dijadual bermesyuarat di Abu Dhabi dari 4-5 Feb - Zelenskyy
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perjanjian pengecualian visa China-Malaysia berkuat kuasa hari ini

Bernama
Bernama
17/07/2025
09:30 MYT
Perjanjian pengecualian visa China-Malaysia berkuat kuasa hari ini
Kemudahan bebas visa itu ditawarkan untuk tujuan pelancongan, lawatan keluarga dan sahabat, urusan perniagaan, program pertukaran, urusan peribadi, rawatan perubatan, dan pengangkutan antarabangsa. - Foto Reuters
BEIJING: Perjanjian Pengecualian Visa Bersama China-Malaysia berkuat kuasa secara rasmi mulai hari ini.

Ringkasan AI
  • Perjanjian pengecualian visa China-Malaysia mula berkuat kuasa hari ini, membolehkan rakyat kedua-dua negara melancong atau transit tanpa visa sehingga 30 hari.
  • Kemudahan ini merangkumi pelbagai tujuan, termasuk pelancongan, perniagaan, rawatan perubatan dan program pertukaran, serta kini terbuka kepada pemegang pasport biasa.
  • China jadi sumber pelancong terbesar Malaysia pada 2024 dengan 3.8 juta pelawat, menyokong impak positif dasar bebas visa yang diperluas selepas percubaan sejak Disember 2023.

Perjanjian itu ditandatangani semasa lawatan negara Presiden Xi Jinping ke Malaysia, April lepas.
Menurut perjanjian berkenaan, warga China yang memegang pasport urusan awam dan pasport biasa, serta warga Malaysia yang memegang pasport biasa boleh membuat lawatan atau transit ke negara masing-masing tanpa visa dan tinggal sehingga 30 hari bagi setiap lawatan.
Kemudahan bebas visa itu ditawarkan untuk tujuan pelancongan, lawatan keluarga dan sahabat, urusan perniagaan, program pertukaran, urusan peribadi, rawatan perubatan, dan pengangkutan antarabangsa (anak kapal).
Sebelum ini, China telah melaksanakan dasar pengecualian visa 30 hari secara percubaan bagi pemegang pasport biasa dari Malaysia mulai 1 Disember 2023.
Data statistik Malaysia pula menunjukkan, dalam tempoh pelaksanaan dasar tersebut, bilangan pelancong China yang melawat Malaysia mencecah 3.8 juta pada 2024, menjadikan China sumber pelancong terbesar bagi Malaysia dari luar ASEAN.
Buat masa ini, China telah menandatangani perjanjian pengecualian visa bersama dengan 158 negara.
--BERNAMA-CMG
Topic Berkaitan
#China
#Malaysia
#Visa
#Perjanjian Pengecualian Visa Bersama
#Xi Jinping
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan