awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kajian Harvard dapati AI tingkatkan produktiviti, tetapi hanya untuk seketika
Kanak-kanak perempuan enam tahun rentung kebakaran rumah di Tambunan
Peniaga didenda RM5,500 cedera, ugut bunuh lelaki warga emas
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jepun mungkin hadapi gelombang kesembilan jangkitan COVID-19 - Pakar

Bernama
Bernama
27/06/2023
06:02 MYT
Jepun mungkin hadapi gelombang kesembilan jangkitan COVID-19 - Pakar
Dalam gelombang kelapan, antara penghujung November dan penghujung Januari, Jepun mencatatkan jangkitan harian lebih dari 246,000 kes. - Gambar hiasan/ Reuters
TOKYO: Jepun mungkin memasuki gelombang kesembilan jangkitan COVID-19 dan penting untuk melindungi rakyat terutamanya warga emas, kata pakar, lapor Kyodo News.
"Seiring dengan peningkatan interaksi antara individu, (kenaikan jangkitan) seperti yang dijangka," kata Shigeru Omi kepada wartawan selepas bertemu dengan Perdana Menteri Fumio Kishida.
Pertemuan itu, antara lain bertujuan untuk membincangkan peningkatan jangkitan selepas kerajaan melonggarkan langkah-langkah pencegahan.
Beliau menekankan bahawa individu yang berisiko tinggi harus divaksinasi dengan vaksin COVID-19.
"Saya tidak pasti sama ada bilangan orang yang dijangkiti akan melebihi gelombang kelapan, tetapi kita perlu memberi tumpuan kepada mengurangkan bilangan kematian dan memastikan kesinambungan aktiviti sosial," katanya.
Dalam gelombang kelapan, antara penghujung November dan penghujung Januari, negara itu mencatatkan jangkitan harian lebih dari 246,000 kes.
Menurut data terkini yang dikeluarkan pada Jumaat, purata pesakit dalam seminggu hingga 18 Jun ialah 5.60 meningkat daripada 5.11 minggu sebelumnya.
Purata kes di wilayah Okinawa sangat tinggi iaitu 28.74 di setiap kemudahan, yang menurut Omi ini disebabkan sistem penjagaan perubatan kurang mantap dan kadar vaksinasi yang rendah berbanding wilayah lain.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Jepun
#COVID-19
#gelombang baharu
#Fumio Kishida
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan