Ringkasan AI
- Sejumlah 17 stesen pemantauan IPU di seluruh negara mencatatkan bacaan tidak sihat setakat jam 5 petang, meningkat berbanding awal hari.
- Nilai di Negeri Sembilan merekodkan bacaan tertinggi 159, diikuti Batu Muda, Klang dan Seremban masing-masing pada 157.
- Baki 51 stesen berada dalam kategori sederhana dan baik, dengan Kemaman dan Langkawi mencatatkan kualiti udara terbaik.
KUALA LUMPUR: Sebanyak 17 stesen pemantauan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di seluruh negara mencatatkan bacaan tidak sihat setakat jam 5 petang ini, meningkat berbanding situasi pada awal hari.
Nilai di Negeri Sembilan kekal merekodkan bacaan tertinggi pada paras 159, manakala Batu Muda di Kuala Lumpur, Klang di Selangor dan Seremban di Negeri Sembilan masing-masing mencatat bacaan 157.
Larkin di Johor dan IPD Serian di Sarawak menjadi dua kawasan terbaharu memasuki kategori tidak sihat selepas masing-masing merekodkan bacaan 104 dan 117.
Di Selangor, Shah Alam mencatatkan penurunan enam mata kepada 146 berbanding 152 sebelum ini, manakala Banting turun 25 mata kepada 127 daripada 152. Petaling Jaya dan Johan Setia pula masing-masing merekodkan bacaan 152 dan 156.
Putrajaya mencatatkan penurunan kepada 112 berbanding 125 pada jam 2 petang tadi, manakala Cheras kembali ke kategori sederhana dengan bacaan 99 berbanding 111 sebelum ini.
Di Melaka, Bandaraya Melaka meningkat kepada 154 berbanding 126 sebelum ini, manakala Bukit Rambai kekal pada bacaan 152. Alor Gajah pula menurun kepada 106 berbanding 118.
Di Johor, Batu Pahat dan Tangkak masing-masing mencatat bacaan 153.
Di Sarawak, Sri Aman merekodkan bacaan 152 manakala IPD Serian meningkat kepada 117 dan berada dalam kategori tidak sihat.
Sementara itu, Port Dickson di Negeri Sembilan kekal dalam kategori sederhana dengan bacaan 99.
Secara keseluruhan, baki 51 stesen pemantauan IPU di seluruh negara berada dalam kategori sederhana dan baik. Kemaman di Terengganu terus merekodkan kualiti udara terbaik dengan bacaan 44, diikuti Langkawi di Kedah pada paras 46.
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
- Q: Berapa banyak stesen pemantauan IPU mencatatkan bacaan tidak sihat setakat jam 5 petang?
A: Sebanyak 17 stesen pemantauan IPU di seluruh negara mencatatkan bacaan tidak sihat setakat jam 5 petang. - Q: Di manakah lokasi yang mencatatkan bacaan IPU tertinggi dan berapakah nilainya?
A: Nilai di Negeri Sembilan mencatatkan bacaan IPU tertinggi pada paras 159. - Q: Apakah kawasan terbaharu yang memasuki kategori tidak sihat dan berapakah bacaan IPU mereka?
A: Larkin di Johor dan IPD Serian di Sarawak adalah kawasan terbaharu memasuki kategori tidak sihat dengan bacaan masing-masing 104 dan 117. - Q: Bagaimanakah perubahan bacaan IPU di beberapa kawasan utama seperti Shah Alam, Banting, dan Putrajaya?
A: Shah Alam menurun kepada 146 daripada 152, Banting turun kepada 127 daripada 152, dan Putrajaya menurun kepada 112 daripada 125. - Q: Berapakah jumlah stesen yang masih berada dalam kategori sederhana dan baik serta di manakah kualiti udara terbaik direkodkan?
A: Sebanyak 51 stesen pemantauan IPU berada dalam kategori sederhana dan baik, dengan Kemaman di Terengganu merekodkan kualiti udara terbaik pada bacaan 44, diikuti Langkawi di Kedah pada paras 46.