Ringkasan AI
- Bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) menurun di beberapa kawasan, namun 33 stesen masih mencatat tahap Tidak Sihat setakat 11 pagi ini.
- Batu Pahat, Johor kekal mencatat IPU tertinggi negara pada paras 188, diikuti Tangkak, Larkin dan Pasir Gudang dengan bacaan melebihi 180.
- Orang ramai dinasihatkan mengurangkan aktiviti luar dan mematuhi nasihat kesihatan Kementerian Kesihatan sepanjang tempoh jerebu.
KUALA LUMPUR: Keadaan jerebu di beberapa kawasan di negara ini menunjukkan tanda-tanda pemulihan apabila bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) menurun di beberapa stesen pemantauan setakat 11 pagi ini, namun 33 kawasan masih mencatatkan tahap Tidak Sihat.
Berdasarkan data Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS) Jabatan Alam Sekitar (JAS), Batu Pahat di Johor kekal merekodkan bacaan IPU tertinggi negara pada paras 188, turun dua mata berbanding 190 pada jam 10 pagi.
Johor terus menjadi negeri paling terjejas dengan Batu Pahat, Tangkak (186), Larkin (184) dan Pasir Gudang (184) mengisi empat kedudukan teratas kawasan dengan bacaan IPU tertinggi di negara ini.
Di Negeri Sembilan, Seremban dan Nilai masing-masing mencatatkan bacaan 182 dan 178 selepas turun satu mata dalam tempoh sejam, manakala Port Dickson kekal pada paras 164.
Temerloh di Pahang merekodkan penurunan bacaan terbesar apabila turun 15 mata kepada 124, diikuti Seberang Perai, Pulau Pinang yang menurun 10 mata kepada 113.
Di Lembah Klang, bacaan IPU turut menunjukkan penurunan dengan Cheras merekodkan bacaan 174, diikuti Batu Muda (169), Putrajaya (167), Shah Alam (166), Johan Setia (164), Petaling Jaya (161) dan Klang (156).
Sebaliknya, Indera Mahkota di Kuantan meningkat tiga mata kepada 144, manakala Kuching mencatatkan kenaikan satu mata kepada 154.
Secara keseluruhan, daripada 68 stesen pemantauan di seluruh negara, 33 stesen berada pada tahap Tidak Sihat dengan bacaan antara 101 hingga 200, manakala baki 35 stesen berada pada tahap Sederhana dengan bacaan antara 51 hingga 100.
Bacaan IPU terendah direkodkan di Tawau, Sabah pada paras 55.
Mengikut klasifikasi APIMS, bacaan IPU antara 101 hingga 200 dikategorikan sebagai tidak sihat, manakala bacaan antara 51 hingga 100 berada pada tahap sederhana.
Orang ramai dinasihatkan mengurangkan aktiviti luar dan mematuhi nasihat kesihatan yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan sepanjang tempoh jerebu.
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
- Q: Apakah status terkini jerebu di Malaysia mengikut bacaan IPU?
A: Keadaan jerebu menunjukkan tanda pemulihan dengan penurunan bacaan IPU di beberapa kawasan, namun 33 kawasan masih mencatatkan tahap Tidak Sihat setakat 11 pagi. - Q: Kawasan manakah yang mencatatkan bacaan IPU tertinggi di Malaysia?
A: Batu Pahat, Johor mencatatkan bacaan IPU tertinggi pada paras 188, diikuti Tangkak (186), Larkin (184) dan Pasir Gudang (184). - Q: Berapakah jumlah stesen pemantauan yang berada pada tahap Tidak Sihat dan Sederhana?
A: Daripada 68 stesen pemantauan, 33 stesen berada pada tahap Tidak Sihat (IPU 101-200) dan 35 stesen berada pada tahap Sederhana (IPU 51-100). - Q: Apakah bacaan IPU terendah yang direkodkan dan di mana lokasinya?
A: Bacaan IPU terendah direkodkan di Tawau, Sabah pada paras 55. - Q: Apakah nasihat kepada orang ramai semasa tempoh jerebu?
A: Orang ramai dinasihatkan mengurangkan aktiviti luar dan mematuhi nasihat kesihatan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan sepanjang tempoh jerebu.