Skip to main content
Advertisement

Malaysia

Jerebu: Empat kawasan di Sarawak masih catat IPU tidak sihat, bacaan terus menurun

KUCHING, Sept 6 - Hazy conditions at Kampung Telaga Air Jetty, about 30 KM from Kuching city, today. Kuching recorded an unhealthy Air Pollutant Index (API) reading of 199 as of 2 pm today. The public are advised to exercise caution and limit outdoor activities if the haze worsens. - fotoBERNAMA (2026) COPYRIGHT RESERVED
Stesen Serian merekodkan penurunan dua mata kepada 175 berbanding 177 pada jam 11 pagi, namun kekal dalam kategori tidak sihat bersama Kuching (163), Samarahan (162) dan Sri Aman (158). -Gambar fail/Bernama
Advertisement

KUALA LUMPUR: Keadaan jerebu di Sarawak terus menunjukkan pemulihan apabila bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di empat kawasan yang terjejas mencatatkan penurunan berterusan setakat jam 12 tengah hari.

Menurut data Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS), stesen Serian merekodkan penurunan dua mata kepada 175 berbanding 177 pada jam 11 pagi, namun kekal dalam kategori tidak sihat bersama Kuching (163), Samarahan (162) dan Sri Aman (158).

Sementara itu, sebanyak 61 stesen di seluruh negara merekodkan kualiti udara pada tahap sederhana (IPU 51 hingga 100), dengan Bukit Rambai di Melaka mencatat bacaan tertinggi dalam kategori itu iaitu 91.

Ia diikuti Sarikei (89) dan Kapit (88) di Sarawak serta Pasir Gudang, Johor (86).

Di Lembah Klang, majoriti kawasan kekal berada pada tahap sederhana dengan Shah Alam mencatat bacaan tertinggi iaitu 85, diikuti Johan Setia (80), Cheras (78), Kuala Selangor (77), Batu Muda (74), Petaling Jaya (73), Putrajaya (72), Klang (71) dan Banting (64).

Sebanyak tiga stesen di negara ini terus merekodkan kualiti udara pada tahap baik dengan Besut, Terengganu mencatat bacaan IPU terendah iaitu 29.

Langkawi, Kedah pula merekodkan bacaan 37 manakala Tanah Merah, Kelantan mencatat bacaan 45.

Mengikut klasifikasi APIMS, bacaan IPU antara 101 hingga 200 dikategorikan sebagai tidak sihat, manakala bacaan antara 201 hingga 300 berada pada tahap sangat tidak sihat.

Orang ramai di kawasan terjejas, khususnya kanak-kanak, warga emas dan individu yang menghidap penyakit pernafasan, dinasihatkan mengurangkan aktiviti luar bagi mengurangkan risiko kesihatan akibat jerebu.

Must Watch Video

Advertisement