awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
IRGC beri amaran, negara jiran dianggap ‘musuh’ jika wilayah digunakan untuk serang Iran
Melaka tegaskan komitmen segerakan pembinaan pelabuhan bagi perkhidmatan ro-ro ke Dumai
Malaysia miliki asas kukuh, berdaya saing sebagai hab MRO perkapalan utama ASEAN - MITI
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jerebu jejaskan momentum pelancong ke negara ini - Mohamaddin

Irwan Muhammad Zain
Irwan Muhammad Zain
26/11/2019
10:23 MYT
Jerebu jejaskan momentum pelancong ke negara ini - Mohamaddin
Pada Januari hingga september 2019, ketibaan pelancong ke negara ini meningkat sebanyak 3.7% iaitu 20,109,203 berbanding 19,386,115 orang pada suku ketika 2018. - Gambar fail
Jerebu yang melanda Malaysia, Singapura, Thailand dan Brunei pada September lepas telah menjejaskan momentum pelancong ke negara ini, kata Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Mohamaddin Ketapi.
Mohamaddin yakin prestasi ketibaan pelancong seharusnya lebih baik sekiranya tiada masalah jerebu melanda negara.
Pada Januari hingga september 2019, ketibaan pelancong ke negara ini meningkat sebanyak 3.7% iaitu 20,109,203 berbanding 19,386,115 orang pada suku ketika 2018.
Singapura, Indonesia, China, Thailand, Brunei, India, Korea Selatan, Vietnam, Jepun dan Filipina merupakan 10 negara penyumbang ketibaan tertinggi bagi Januari hingga September 2019.
Mohamadin juga menjelaskan perbelanjaan pelancong pada Januari hingga September 2019 meningkat sebanyak 6.9% iaitu dari RM 61.85 bilion kepada RM66.14 bilion.
"Penyumbang utama kepada pendapatan pelancongan bagi Januari - September 2019 ini adalah dari Singapura, China, Indonesia, Thailand dan India. Perbelanjaan per kapita Januari - September 2019 meningkat 3% iaitu dari RM3,190.5 kepada RM3,289.3.
"Perbelanjaan per kapita (Per Capita Expenditure) tertinggi bagi lima negara teratas disumbangkan oleh pasaran jarak jauh dan jarak sederhana iaitu Arab Saudi, China, United Kingdom, Kanada dan Taiwan," katanya pada sidang media mengenai Prestasi Pelancongan Malaysia Januari–September 2019 di sini, pada Selasa.
Beliau juga menjelaskan negara-negara penyumbang ketibaan pelancong tertinggi merupakan pelancong-pelancong dari pasaran jarak dekat (ASEAN) dan jarak sederhana (Asia Utara dan Asia Selatan).
Selain itu Mohamadin juga menjelaskan pasaran jarak dekat menyumbang syer sebanyak 68.7% kepada jumlah ketibaan pelancong ke negara ini.
Manakala pasaran jarak sederhana menyumbang 21.6% syer dan pasaran jarak jauh menyumbang 9.7% syer kepada jumlah ketibaan pelancong ke Malaysia bagi Januari hingga September 2019.
Topic Berkaitan
#Menteri Pelancongan Seni dan Budaya
#Mohamaddin Ketapi
#MOTAC
#pelancong
#pelancongan
#prestasi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan