Ringkasan AI
- Empat kawasan kekal mencatat bacaan IPU Tidak Sihat setakat jam 6 petang iaitu Johan Setia, Nilai, Klang dan Putrajaya.
- Putrajaya dan Klang mencatat penurunan bacaan IPU terbesar, masing-masing turun 16 mata berbanding jam 5 petang.
- Jumlah stesen pada tahap Sederhana ialah 57, manakala tujuh stesen kekal pada tahap Baik dengan Limbang merekodkan bacaan terendah.
KUALA LUMPUR: Jumlah stesen yang merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada tahap Tidak Sihat kekal empat kawasan setakat jam 6 petang.
Berdasarkan data Jabatan Alam Sekitar (JAS), Putrajaya dan Klang mencatat penurunan bacaan IPU terbesar apabila masing-masing turun 16 mata berbanding bacaan pada jam 5 petang.
Putrajaya merekodkan bacaan 106 manakala Klang mencatat 123.
Nilai turut merekodkan penurunan lima mata kepada 125, sementara Johan Setia menurun satu mata kepada 153 namun kekal mencatat bacaan IPU tertinggi di negara ini.
Empat kawasan yang masih berada dalam kategori Tidak Sihat ialah Johan Setia, Nilai, Klang dan Putrajaya.
Sementara itu, sebanyak 57 stesen berada pada tahap Sederhana.
Antara kawasan yang merekodkan bacaan tertinggi dalam kategori itu ialah Cheras, Shah Alam dan Banting yang masing-masing mencatat bacaan 95, diikuti Port Dickson (94), Petaling Jaya (90) dan Seremban (90).
Peningkatan kecil bacaan IPU turut direkodkan di beberapa kawasan termasuk Minden dan Seberang Perai di Pulau Pinang yang masing-masing meningkat kepada 63 dan 65, manakala IPD Serian, Sarawak mencatat bacaan 66.
Jumlah stesen yang merekodkan kualiti udara pada tahap Baik kekal tujuh.
Limbang, Sarawak terus merekodkan bacaan IPU terendah di negara ini iaitu 33, diikuti ILP Miri (47), Mukah (45), Sibu (45), Kota Kinabalu (44) dan Miri (44).
Bacaan IPU antara 0 hingga 50 dikategorikan sebagai Baik, 51 hingga 100 (Sederhana), 101 hingga 200 (Tidak Sihat), 201 hingga 300 (Sangat Tidak Sihat) dan melebihi 300 sebagai Berbahaya.
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
- Q: Berapakah jumlah kawasan yang merekodkan bacaan IPU Tidak Sihat setakat jam 6 petang?
A: Empat kawasan merekodkan bacaan IPU pada tahap Tidak Sihat setakat jam 6 petang. - Q: Kawasan manakah yang mencatat bacaan IPU Tidak Sihat tertinggi di Malaysia?
A: Johan Setia mencatat bacaan IPU Tidak Sihat tertinggi di Malaysia dengan bacaan 153. - Q: Berapakah jumlah stesen yang merekodkan kualiti udara pada tahap Sederhana?
A: Sebanyak 57 stesen merekodkan kualiti udara pada tahap Sederhana. - Q: Apakah bacaan IPU yang dikategorikan sebagai Baik, Sederhana, Tidak Sihat, Sangat Tidak Sihat dan Berbahaya?
A: Bacaan IPU 0-50 (Baik), 51-100 (Sederhana), 101-200 (Tidak Sihat), 201-300 (Sangat Tidak Sihat), melebihi 300 (Berbahaya). - Q: Kawasan manakah yang merekodkan bacaan IPU terendah di negara ini?
A: Limbang, Sarawak merekodkan bacaan IPU terendah di negara ini iaitu 33.