Sepertimana yang kita ketahui, krisis jerebu yang sedang melanda Negara pada masa ini semakin merebak dan menebal. Kementerian Belia dan Sukan (KBS) sentiasa memantau dan prihatin akan perkembangan krisis jerebu ini, kerana ianya mengancam kehidupan dan kesihatan segenap lapisan rakyat.
Dalam masa dua minggu ke hadapan ini, terdapat empat (4) kejohanan utama sukan yang akan berlangsung seperti berikut:
• Sukan Malaysia ke-16 di sekitar Lembah Kelang: 28 Jun hingga 7 Julai 2013
• Kejohanan Hoki World League 3 di Johor Bharu: 29 Jun hingga 7 Julai 2013
• Kejohanan Berbasikal Jelajah Malaysia dari Kuala Lumpur ke Melaka: 26 hingga 30 Jun 2013
• Perlawanan Akhir Piala FA: 29 Jun 2013
Sehubungan itu, KBS telah membuat ketetapan untuk mengeluarkan garispanduan atau protokol bagi memastikan kejohanan sukan tersebut dapat dijalankan tanpa menjejaskan kesihatan para atlet, penonton serta lain-lain pihak yang terbabit dalam kejohanan tersebut.
Garispanduan serta protokol yang telah ditetapkan adalah seperti berikut:
- Had maksimum Indeks Pencemaran Udara (IPU) bagi penganjuran acara atau aktiviti sukan ditetapkan pada paras bacaan 100. Ini kerana bacaan IPU melebihi paras 100 ditakrifkan sebagai tidak sihat oleh Kementerian Kesihatan serta Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar
- Acara sukan yang dipertandingkan di dalam dewan tertutup atau indoor boleh diteruskan seperti biasa. Ini termasuk beberapa acara yang akan dipertandingkan di dalam Sukan Malaysia ke-16
Kejohanan atau acara sukan akan ditangguhkan sekiranya:
- Indeks Pencemaran Udara (IPU) di lokasi kejohanan tersebut menunjukkan bacaan melebihi paras purata harian 100 selama tiga hari berturut-turut sebelum hari kejohanan tersebut berlangsung.
- IPU di lokasi kejohanan tersebut menunjukkan tren meningkat selama tiga hari berturut-turut sebelum hari kejohanan tersebut berlangsung, di mana bacaan IPU menghampiri atau mencecah paras purata harian 100.
- Setiap pihak penganjur kejohanan tersebut akan diberi notis masa sekurang-kurangnya 24 jam untuk menangguhkan acara atau kejohanan tersebut, sekiranya perlu.
KBS juga menyarankan agar mana-mana para penganjur acara atau kejohanan yang lain turut sama menggunakan pendekatan garispanduan ini, bagi memastikan kesihatan para peserta, para penganjur dan para penonton terus terjaga.
Dalam pada itu, KBS dengan kerjasama Majlis Sukan Negara dan Institut Sukan Negara akan terus memantau rapi bacaan IPU di setiap lokasi kejohanan utama yang berkaitan, ke arah melaksanakan pematuhan garispanduan ini.
Walaupun KBS prihatin akan persediaan yang telah dilaksanakan dan kos yang telah dibelanjakan untuk pelbagai acara atau kejohanan tersebut, namun KBS berpandangan bahawa kepentingan rakyat perlu didahulukan demi kebaikan kita bersama.
Dikeluarkan oleh:
Unit Komunikasi Korporat
Kementerian Belia dan Sukan
Putrajaya
Astro Awani
Tue Jun 25 2013
AWANI Pagi: PULIH | Inovasi Tempatan Mengesan Sakit Belakang
Ikuti diskusi Awani Pagi 8.30 Sabtu, bersama dua tetamu dari Universiti Malaya, berhubung inovasi mengesan sakit belakang dengan lebih objektif berbanding kaedah tradisional hingga mendapat pengiktirafan daripada Medical Device Authority Malaysia.
#AWANInews #AWANIPagi
#AWANInews #AWANIPagi
Persatuan Bola Sepak Indonesia terima dana RM77 juta dari Presiden Prabowo
Komitmen Presiden Prabowo terhadap kemajuan sepak bola Indonesia benar-benar luar biasa, kata Ketua Umum PSSI.
AWANI Pagi: Pembekuan jasad bayi - Hukum dan hak jenazah
Ikuti perbincangan eksklusif #AWANIpagi bersama Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd Asri Zainul Abidin, yang akan mengupas secara mendalam isu pembekuan jasad bayi dari perspektif hukum Islam, kehormatan jenazah, dan hak si mati.
#AWANIpagi #AWANInews
#AWANIpagi #AWANInews
Cenderahati produk Tenun Pahang Diraja tersedia di Kuantan 188
Di Kuantan 188 juga, para pelancong boleh menikmati pemandangan panorama bandar dan Sungai Kuantan.
[INFOGRAFIK] Kerugian Banjir 2024
Berikut adalah info berkenaan dengan kerugian banjir 2024.
Hubungan erat Malaysia-Denmark tawar manfaat kepada tenaga kerja
Pembukaan semula Kedutaan Denmark bantu tingkat kerjasama dalam bidang keselamatan dan kesihatan pekerjaan.
[INFOGRAFIK] Buat Pilihan Lebih Baik Demi Malaysia Yang Lebih Hijau Dan Lestari
Berikut adalah info berkenaan dengan membuat pilihan lebih baik demi Malaysia yang lebih hijau dan lestari.
Siang "concierge", malam "Doktor Mayat" - Kisah Muslimah pertama pengawet jenazah di Singapura
Kisah Zainab Ash Shughra Amer, Muslimah pertama yang menjadi pengawet jenazah - juga satu-satunya buat masa ini - di Singapura.
Sistem politik penuhi aspirasi rakyat penting bagi Syria
Penentuan masa depan Syria masa depan melalui sistem politik yang memenuhi aspirasi rakyat negara itu adalah penting bagi mengekalkan kestabilan politik.
Menerusi hantaran Perdana Menteri Sementara Lubnan Najib Mikati di X, perkara itu disampaikan beliau dalam pertemuannya dengan Paus Francis di Vatican City pada Jumaat.
Menerusi hantaran Perdana Menteri Sementara Lubnan Najib Mikati di X, perkara itu disampaikan beliau dalam pertemuannya dengan Paus Francis di Vatican City pada Jumaat.
Netanyahu, Katz adakan tinjauan di Bukit Golan
Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, melalukan tinjauan di Bukit Golan pada Jumaat ketika tentera Israel meluaskan kawalan mereka ke puncak Gunung Hermon, kawasan strategik yang bersempadan dengan Syria.
Perkara itu dikongsikan Menteri Pertahanan Israel, Israel Katz di platform X yang turut hadir bersama Netanyahu.
Perkara itu dikongsikan Menteri Pertahanan Israel, Israel Katz di platform X yang turut hadir bersama Netanyahu.
Pakistan, India isytihar darurat kesihatan akibat jerebu
Hospital dalam keadaan berjaga-jaga, waktu operasi klinik dilanjutkan beberapa jam dan petugas perubatan diarahkan melakukan syif tambahan.
Jerebu akibat kebakaran terbuka dan kemarau, ibu bapa risau kesihatan anak
Keadaan jerebu akibat pembakaran terbuka dan kemarau yang melanda daerah Papar membuatkan ibu bapa bimbangkan kesihatan anak-anak.
Bangkok dilanda jerebu tebal, seluruh Thailand catat udara tidak sihat
Bangkok dan 66 wilayah di Thailand itu terus diselubungi jerebu dengan zarah tidak selamat pada PM2.5 direkodkan pada Khamis.
El Nino: Persiapan rentas agensi hadapi cuaca panas
Antara yang akan turut serta adalah Kementerian Kesihatan (KKM), Kementerian Pendidikan (KPM) dan Kementerian Belia dan Sukan.
Jerebu: Klang kekal catat bacaan IPU tidak sihat
Antara kawasan yang menghampiri bacaan IPU tidak sihat seperti di Petaling Jaya (90) dan Banting (89) di Selangor.
Jerebu: Hanya satu kawasan catat bacaan IPU tidak sihat
Klang di Selangor mencatatkan bacaan IPU tertinggi pada paras 154.
Empat kawasan catat bacaan IPU tidak sihat setakat 9 pagi
Empat kawasan di Semenanjung mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat setakat 9 pagi ini.
Dua kawasan catat bacaan IPU tidak sihat pagi ini
Berdasarkan laman web APIMS kendalian JAS, Klang di Selangor catat bacaan IPU tertinggi pada paras 153.
Jerebu: Batu Pahat, Alor Gajah catat IPU tidak sihat pagi ini
Batu Pahat di Johor dan Alor Gajah, Melaka merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat setakat 10 pagi ini dengan bacaan IPU masing-masing 152 dan 151.
Jerebu: Batu Pahat, Larkin kekal catat IPU tidak sihat petang ini
Dua kawasan di Johor kekal merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat setakat 4 petang ini.