Skip to main content

Malaysia

Jerebu: Pasir Gudang kekal rekod bacaan tertinggi, Jerantut kembali sederhana setakat 11 pagi

Keadaan kualiti udara di daerah Johor Bahru kekal membimbangkan apabila stesen Larkin mencatatkan peningkatan satu mata kepada 196. -Gambar fail/Sinar Harian
Keadaan kualiti udara di daerah Johor Bahru kekal membimbangkan apabila stesen Larkin mencatatkan peningkatan satu mata kepada 196. -Gambar fail/Sinar Harian

Advertisement

Ringkasan AI

  • Kualiti udara di Pahang bertambah baik apabila stesen Jerantut keluar daripada kategori Tidak Sihat dan kembali ke kategori Sederhana.
  • Stesen Pasir Gudang di Johor kekal mencatat bacaan tertinggi dengan IPU 208 dalam kategori Sangat Tidak Sihat setakat jam 11 pagi.
  • Stesen Larkin di Johor Bahru merekodkan IPU 196, masih dalam kategori Tidak Sihat dan hampir memasuki kategori Sangat Tidak Sihat.

KUALA LUMPUR: Keadaan kualiti udara di Pahang menunjukkan perkembangan positif apabila stesen Jerantut keluar daripada kategori Tidak Sihat, sekali gus mengurangkan jumlah kawasan yang merekodkan bacaan melebihi paras sihat kepada 30 stesen setakat jam 11 pagi ini.

Berdasarkan data terkini portal Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS) Jabatan Alam Sekitar (JAS), stesen Jerantut mencatatkan penurunan 12 mata daripada 112 pada jam 10 pagi kepada 100, sekali gus kembali ke kategori Sederhana.

Bagaimanapun, kawasan perindustrian Pasir Gudang di Johor kekal merekodkan bacaan tertinggi dalam kategori Sangat Tidak Sihat dengan Indeks Pencemaran Udara (IPU) 208, susut satu mata berbanding 209 pada jam sebelumnya.

Keadaan kualiti udara di daerah Johor Bahru pula kekal membimbangkan apabila stesen Larkin mencatatkan peningkatan satu mata kepada 196, masih dalam kategori Tidak Sihat dan hanya lima mata lagi sebelum memasuki kategori Sangat Tidak Sihat yang bermula pada bacaan IPU 201.

Bacaan IPU antara sifar hingga 50 dikategorikan sebagai baik, 51 hingga 100 sederhana, 101 hingga 200 tidak sihat, 201 hingga 300 sangat tidak sihat, manakala bacaan melebihi 300 dikategorikan sebagai berbahaya.

Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI

  • Q: Apakah perkembangan terkini kualiti udara di Pahang? 
    A: Kualiti udara di Pahang menunjukkan perkembangan positif apabila stesen Jerantut keluar daripada kategori Tidak Sihat dan kembali ke kategori Sederhana.
  • Q: Berapakah bacaan terkini IPU di stesen Jerantut dan perubahan yang berlaku? 
    A: Bacaan IPU di stesen Jerantut menurun 12 mata daripada 112 kepada 100, menjadikannya kembali ke kategori Sederhana.
  • Q: Kawasan manakah yang mencatatkan bacaan IPU tertinggi dan berapakah nilainya? 
    A: Kawasan perindustrian Pasir Gudang di Johor mencatatkan bacaan IPU tertinggi iaitu 208, dalam kategori Sangat Tidak Sihat.
  • Q: Apakah status kualiti udara di Johor Bahru, khususnya di stesen Larkin? 
    A: Stesen Larkin di Johor Bahru mencatatkan bacaan IPU 196, masih dalam kategori Tidak Sihat dan hanya lima mata lagi sebelum memasuki kategori Sangat Tidak Sihat.
  • Q: Bagaimanakah kategori bacaan IPU diklasifikasikan di Malaysia? 
    A: Bacaan IPU antara 0-50 dikategorikan sebagai baik, 51-100 sederhana, 101-200 tidak sihat, 201-300 sangat tidak sihat, dan melebihi 300 dikategorikan sebagai berbahaya.

Product Recommendation Section Title

SOME BY MI Daily Mask 30pcs

SOME BY MI Daily Mask 30pcs

Must Watch Video

Advertisement