Jerebu ekoran kebakaran hutan di Indonesia berada pada tahap tidak sihat di Singapura pada Selasa dimana kedua-dua negara jiran ini terus menyalahkan satu sama lain atas masalah bermusim ini.
Indeks Piawaian Pencemaran Singapura berada pada 115 bermula waktu pejabat - masih melebihi catatan parsa ‘tidak sihat’ iaitu 100 tetapi menurun berbanding bacaan pada lewat Isnin dimana seluruh pulau itu diselubungi jerebu yang kelihatan seperti asap.
Pencakar langit Singapura termasuk menara kasino Marina Bay Sands turut diselubungi jerebu dan bau kayu terbakar meliputi keseluruhan pulau tersebut.
Kementerian Tenaga Manusianya telah menggesa majikan untuk mengeluarkan topeng pelindung kepada pekerja mereka yang mempunyai masalah pernafasan dan jantung serta mereka yang bekerja di luar rumah. Warga tua dan kanak-kanak juga digesa untuk mengurangkan aktiviti luar yang berat.
Indeks pencemaran melonjak kepada paras tertinggi sebanyak 155 pada lewat Isnin, iaitu bacaan yang tertinggi sejak krisis jerebu yang berpanjangan di Asia Tenggara pada tahun 1997-1998, tetapi menurun selepas sehari.
Pada Isnin, Singapura menggesa Indonesia mengambil "langkah segera" untuk menangani kebakaran hutan seperti asap yang ditiup dari pulau Sumatra ke Singapura serta beberapa tempat di Malaysia.
Walaubagaimanapun, kementerian Perhutanan Indonesia berkata, anggota bomba sudah menangani kebakaran tersebut dan pesawat pemadam kebakaran akan digunakan jika gabenor tempatan membuat permintaan.
Seorang pegawai kementerian, Hadi Daryanto, menyalahkan Malaysia dan Singapura, dengan alasan syarikat minyak sawit di Indonesia milik kedua-dua negara ini juga bertanggungjawab.
‘Teknik tebang dan membakar’ yang digunakan adalah kaedah paling murah untuk membersihkan tanah dan ia bukan sahaja digunakan oleh petani tempatan, tetapi juga pekerja pelabur minyak sawit termasuk Singapura dan syarikat dari Malaysia," katanya.
"Kami berharap kerajaan Malaysia dan Singapura akan memberitahu pelabur-pelabur mereka untuk mengambil langkah-langkah yang berkesan agar masalah ini dapat diselesaikan bersama-sama."
Walaubagaimanapun, Menteri Alam Sekitar dan Sumber Air Singapura, Vivian Balakrishnan, terus beri tekanan kepada Indonesia.
Dalam ucapan yang diadakan pada Selasa oleh pihak media Singapura, beliau berkata "kepentingan komersial di Indonesia telah menyebabkan masalah alam sekitar."
Beliau mengulangi tawaran bantuan daripada Singapura, yang mempunyai sistem pertahanan awam dan tentera moden termasuk anggota bomba.
Sementara itu, setakat jam 11 pagi tadi, Jabatan Alam Sekitar (JAS) melaporkan tahap pencemaran udara tertinggi di Johor dengan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) 153 di Pasir Gudang.
Ini diikuti dengan Larkin Lama dan Kota Tinggi masing-masing pada bacaan IPU 125 dan 1118.
Perak bagaimanapun mencatatkan pencemaran udara terendah seluruh Malaysia setakat ini dengan Taiping dan Kampung Air Putih pada bacaan IPU 23.
Secara keseluruhannya seluruh negara mencatatkan bacaan IPU yang sederhana pada 61 peratus dan hanya tujuh peratus mencatatkan bacaan IPU melebihi 100.
Menurut Jabatan Alam Sekitar, menjelang lewat tengahari atau pada awal petang, lazimnya kepekatan ozon adalah tinggi dan mendominasi bacaan IPU di sesetengah kawasan.
Astro Awani
Tue Jun 18 2013
Mohd Rosli terima pangkat Laksamana Maritim Malaysia
Ketua Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Datuk Mohd Rosli Abdullah, secara rasmi telah menerima pemakaian pangkat Laksamana Maritim berkuat kuasa hari ini.
Dana Ihsan MADANI: Maxis, Astro, Bumi Armada, MEASAT sumbang RM5 juta
Empat syarikat korporat, Maxis, Astro, Bumi Armada dan Measat secara kolektif memberi sumbangan RM5 juta kepada dana Ihsan Madani bagi menyokong usaha bantuan dan pemulihan banjir.
AWANI Ringkas: Titah Adendum | Letak Jawatan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: Flysiswa | 1MDB
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pindaan Ordinan Buruh Sarawak lindungi hak 1.46 juta pekerja - Sim
Rang Undang-Undang Ordinan Buruh Sarawak (Pindaan) 2024 yang diluluskan oleh Dewan Rakyat hari ini bakal memastikan hak 1.46 juta pekerja di negeri itu dilindungi.
10 Berita Pilihan - (12 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Ringgit terus alami penurunan selepas data IHP AS dikeluarkan
Ringgit ditutup lebih rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) untuk hari keempat berturut-turut pada Khamis.
AWANI Tonight 12 Dec 2024
#AWANITonight with @_farhanasheikh
1. PM launches National AI Office
2. Australia to charge tech companies for news content
#AWANIEnglish #AWANINews
1. PM launches National AI Office
2. Australia to charge tech companies for news content
#AWANIEnglish #AWANINews
Consider This: Climate Policy — What's Next for Malaysia in 2025
Following the conclusion of COP29 in Baku, the global climate conversation shifts once again to action—or the lack of it. What lessons can we draw from those global negotiations? And might they shape Malaysia’s ASEAN chairmanship in 2025? On this episode of #ConsiderThis Melisa Idris speaks with Nik Nazmi Nik Ahmad, Minister of Natural Resources and Environmental Sustainability. His new book is titled ‘Saving the Planet: Climate and Environmental Lessons from Malaysia and Beyond’.
AWANI 7:45 [12/12/2024] - Perbahasan Ahli Parlimen | Kontroversi Pulau Batu Puteh | Masa depan negara | Hujan berterusan tahap waspada
Kontroversi Pulau Batu Puteh, Dewan Rakyat bahas laporan Suruhanjaya Di Raja.
Tiga bekas menteri dakwa Tun Mahathir buat keputusan tanpa rujuk Kabinet.
Malaysia negara awal dunia tumpuan tinggi pendapatan digital.
Hujan berterusan lima negeri sehingga Jumaat.
Tiga bekas menteri dakwa Tun Mahathir buat keputusan tanpa rujuk Kabinet.
Malaysia negara awal dunia tumpuan tinggi pendapatan digital.
Hujan berterusan lima negeri sehingga Jumaat.
Rujuk bacaan IPU oleh JAS sahaja bagi elak kekeliruan
Berkenaan bacaan Air Quality Index (AQI) yang dikeluarkan AirVisual, JAS berkata bacaan itu menggunakan sensor sahaja.
Jerebu: Bacaan IPU di Labuan meningkat setakat 11 malam, masih tahap sederhana
Menurut laman sesawang Jabatan Alam Sekitar, Labuan mencatatkan bacaan IPU 78 berbanding IPU 73 pada 4 petang Sabtu.