Semua penerbangan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK), di sini masih berjalan seperti biasa walaupun keadaan jerebu melanda bandaraya ini bertambah buruk.
Menurut jurucakap di kaunter pertanyaan lapangan terbang itu, sehingga pukul 12 tengah hari ini, pihaknya belum ada dimaklumkan mengenai sebarang pembatalan penerbangan.
"Semuanya masih berjalan seperti biasa," katanya kepada Bernama.
Beliau berkata, sekiranya jerebu bertambah buruk lagi dan menjejaskan jarak penglihatan juruterbang berkemungkinan ada penerbangan terpaksa dibatal atau ditangguhkan.
Sehingga pukul 12 tengah hari ini, bacaan Indeks Pencemaran Udara di Sri Aman sedikit meningkat berbanding pukul 8.00 pagi, manakala Kuching dan Samarahan sedikit menurun, namun masih pada tahap sangat tidak baik.
Menurut Ketua sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana (JPBN) Sarawak, Mejar Ismail Mahedin dari Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Sarawak, Sri Aman mencatatkan bacaan IPU 236 berbanding 229, Kuching (225 berbanding 232) dan Samarahan (202 berbanding 213)
Enam lagi kawasan yang berada pada tahap IPU tidak sihat menunjukkan peningkatan bacaan dengan Sarikei (174 berbanding 164), ILP Miri (142 berbanding 137), Sibu (181 berbanding 161) dan Miri (155 berbanding 149), S K Baram (115 berbanding 107 dan Mukah (109 berbanding 101.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Sep 08 2019

Menurut jurucakap di kaunter pertanyaan lapangan terbang itu, sehingga pukul 12 tengah hari ini, pihaknya belum ada dimaklumkan mengenai sebarang pembatalan penerbangan. - Gambar fail

Penjaja, peniaga harap kerajaan Johor pertimbang bantuan insentif
Persatuan Penjaja, Peniaga dan Pengusaha Industri Kecil Melayu Johor Bahru, memohon kerajaan negeri mempertimbangkan pemberian bantuan insentif 'one-off' kepada lebih ramai peniaga di negeri itu.

PPS polis buat pemantauan di sekolah
Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS) PDRM akan sentiasa memantau sekolah menengah yang mula dibuka semalam bagi memastikan pematuhan SOP ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

COVID-19: Tiga rakyat Malaysia antara kes tempatan baharu di Singapura
Tiga rakyat Malaysia merupakan antara empat kes baharu jangkitan tempatan COVID-19 dilaporkan di Singapura, menurut Kementerian Kesihatan Singapura (MOH).

Majlis angkat sumpah Joe Biden, Presiden Amerika Syarikat ke-46
Calon Demokrat, Joe Biden sah ditabalkan sebagai Presiden Amerika Syarikat (AS) ke-46 di Capitol Hill, Washington DC, pada Khamis. Biden mengangkat sumpah jawatan di hadapan Ketua Hakim Mahkamah Agung Amerika Syarikat John Roberts pada pukul 12.49 pagi (11.49 pagi hari Rabu waktu Washington).

Naib Presiden AS | Kamala Harris angkat sumpah jawatan Naib Presiden
Terdahulu Kamala Harris turut mengangkat sumpah jawatan Naib Presiden Amerika Syarikat yang baharu. Beliau sekali gus menjadi wanita pertama menjawat jawatan itu. Harris, 56 tahun, diisytiharkan sebagai Naib Presiden Amerika Syarikat yang baharu untuk bergandingan dengan Presiden Joe Biden. Ia selepas Pennsylvania dan Nevada menjadi pelengkap kejayaan parti Demokrat pada Pilihan Raya Presiden November lalu.

Presiden AS | Parodi hari terakhir Trump
Hos James Corden tampil dengan video parodi terbaru, kali ini tentang hari terakhir Donald Trump sebagai Presiden Amerika Syarikat. Kali ini Cordon mendapat inspirasi dari teater Les Miserables.

Hubungan Serantau | Legasi Asia-AS akan lebih dinamik
Amerika Syarikat mengulangi pendiriannya bahawa ekonomi negara rantau Asia memainkan peranan yang amat penting buat negara Uncle Sam itu. Dengan matlamat yang dibawa oleh Presiden baharu Amerika Syarikat (AS), Joe Biden, hal-hal melibatkan hubungan dagang, pelaburan akan terus diperhalusi demi kemakmuran sejagat.

'Saya berjanji akan jadi presiden untuk semua rakyat Amerika' - Joe Biden
Namun, perkara itu bukan sindiran kepada Trump, sebaliknya bagi menghormati lafaz sumpah yang dibuat oleh Presiden AS sebelum ini.

Presiden AS | Joe Biden Presiden Amerika Syarikat ke-46
Joe Biden sah ditabalkan sebagai Presiden Amerika Syarikat ke-46 di Capitol Hill, Washington DC. Upacara mengangkat sumpah jawatan itu dilakukan di hadapan Ketua Hakim Mahkamah Agung Amerika Syarikat.

"Sedia berkhidmat" - kenyataan pertama Kamala Harris di Twitter sebagai Naib Presiden AS
Naib Presiden AS, Kamala Harris mengeluarkan kenyataan pertamanya menerusi akaun Twitter rasmi @VP sebaik selesai mengangkat sumpah.

Asap debu Gunung Sinabung dijangka masuki ruang udara Malaysia, IPU tidak terjejas - MetMalaysia
Jailan berkata, keadaan ini hanya boleh menjejaskan operasi penerbangan pada paras ketinggian 1,524 meter hingga 4,267 kaki dari permukaan.

Jerebu rentas sempadan dijangka tidak berlaku dalam masa terdekat - MetMalaysia
Jerebu rentas sempadan dari arah timur dan tengah Kalimantan, Indonesia dijangka tidak melanda negara dalam masa terdekat, menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).

Kualiti udara hampir pulih, seluruh kawasan catat IPU sederhana
Setakat 8 pagi, 66 kawasan mencatatkan kualiti udara sederhana manakala Besut, Terengganu dan Tanjung Malim, Perak berada pada tahap kualiti udara baik.

100 pelajar Malaysia di Jambi dievakuasi
Kira-kira 100 pelajar Malaysia yang menuntut di Jambi sudah bertolak ke Konsulat Malaysia di Pekanbaru bagi urusan evakuasi berikutan keadaan jerebu.

Jerebu: 306 pelajar Malaysia dievakuasi di Pekanbaru, Jambi - NADMA
Seramai 306 pelajar Malaysia yang berada di Pekanbaru dan Jambi, Indonesia, akan terlibat dalam proses evakuasi daripada kawasan tersebut yang diisytiharkan darurat oleh kerajaan Indonesia.

Riau diisytihar darurat jerebu, IPU melebihi 500
Gabernor Riau, Syamsuar menetapkan status darurat itu bermula semalam sehingga 31 Oktober ini, bergantung kepada keadaan semasa.

Jerebu: Bacaan IPU terus menunjukkan penurunan 7 pagi ini
Kualiti udara di semua kawasan di Sarawak bertambah baik dengan bacaan IPU pada tahap sederhana.

Kenyataan 'sekolah di Selangor ditutup Isnin dan Selasa' palsu - MB
Menurut kenyataan dari pejabat itu, setakat ini hanya 57 buah sekolah di Kuala Langat dan Klang yang diarahkan ditutup esok.

Jerebu: Ujian Mendengar PT3 boleh ditangguh jika IPU lebih 200
Kawasan yang tidak terjejas jerebu perlu meneruskan ujian pendengaran tiga kertas berkenaan mengikut tarikh ditetapkan dan dipantau secara ketat oleh JPN, PPD dan sekolah

Dua penerbangan petang Sabtu di LTSAS batal akibat jerebu
Penerbangan melibatkan laluan Johor Bahru-Ipoh-Johor Bahru dari syarikat penerbangan Malindo Air dan laluan Singapura-Ipoh-Singapura dari syarikat penerbangan tambang murah Singapura, FlyScoot.