awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ahli Parlimen Britain Dan Norris ditangkap semula atas dakwaan kesalahan seksual
Sentimen industri pembuatan Singapura kekal positif di tengah-tengah tekanan global
Rasuah: Bekas Menteri Keadilan China dijatuhi hukuman penjara seumur hidup
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jerebu: Sarawak akan lakukan pembenihan awan

Rudi Affendi Khalik
Rudi Affendi Khalik
09/09/2019
05:57 MYT
Jerebu: Sarawak akan lakukan pembenihan awan
Pemandangan bandaraya Kuching yang berjerebu dirakam dari udara. - Foto Bernama
Proses pembenihan awan akan dilakukan Kerajaan Sarawak bagi mengekang fenomena jerebu yang melanda beberapa daerah di negeri itu.
Proses itu kata Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Douglas Uggah Embas, akan dilakukan dalam waktu terdekat.
Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak berkata, proses tersebut juga bergantung kepada keberadaan awan sebelum pembenihan dapat dilakukan.
"Kita sedang melihat kepada keberadaan awan di kawasan terjejas seperti Kuching, Sri Aman dan juga melihat kepada arah udara.
"Kita merancang untuk melakukan pembenihan awan pada 12 September ini bagaimanapun ia bergantung sepenuhnya kepada keberadaan awan," katanya.
Uggah turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada Kerajaan Persekutuan yang akan berunding dengan Kerajaan Indonesia bagi mengatasi masalah jerebu.
Melalui rundingan itu, beliau yakin ia dapat mengurangkan bilangan titik panas sekali gus mengurangkan kesan jerebu kepada Sarawak.
Titik panas di Kalimantan telah berkurangan kepada 641 berbanding 1041 seperti yang direkodkan semalam.
Topic Berkaitan
#Datuk Amar Douglas Uggah Embas
#jerebu
#Kalimantan
#pembenihan awan
#Sri Aman
#titik panas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan