awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
33 penyokong Selangor FC cetus kekecohan direman, 21 positif dadah
Inkues Zara Qairina: Saksi dakwa diganggu ibu arwah
40 rumah musnah dalam kebakaran di Tawau
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jerebu semakin pulih, tiada kawasan catat IPU sangat tidak sihat

Astro Awani
Astro Awani
05/10/2015
00:32 MYT
Jerebu semakin pulih, tiada kawasan catat IPU sangat tidak sihat
Pencerapan Jabatan Alam Sekitar sehingga tujuh pagi menunjukkan tiada kawasan mencatat Indeks Pencemaran Udara (IPU) sangat tidak sihat.
Situasi jerebu di negara ini semakin menunjukkan pemulihan berbanding semalam.
Pencerapan Jabatan Alam Sekitar sehingga tujuh pagi menunjukkan tiada kawasan mencatat Indeks Pencemaran Udara (IPU) sangat tidak sihat.
Bagaimanapun, 17 kawasan masih merekodkan IPU tidak sihat, dengan dua kawasan di Pulau Pinang catat IPU tertinggi, iaitu USM (175) dan Seberang Jaya 2, Perai (170).
Ini diikuti Alor Setar, Kedah (160), Kampung Air Putih, Taiping, Perak (157) dan Perai, Pulau Pinang (150).
Dua puluh enam kawasan pula catat IPU sederhana dengan tiga kawasan di Negeri Sembilan merekodkan bacaan tertinggi masing-masing Port Dickson (93) Nilai (92) dan Seremban (90).
Majoriti kawasan di Sabah dan Sarawak pula mencatat IPU di paras baik.
IPU antara 0 dan 50 adalah baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas (berbahaya).
Orang ramai boleh melayari laman web http://apims.doe.gov.my/v2/ untuk maklumat lanjut berhubung bacaan IPU semasa.
Topic Berkaitan
#Indeks Pencemaran
#IPU
#jerebu
#Pulih
#tidak sihat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan