Indonesia hari ini memberi jaminan jerebu rentas sempadan tahun ini tidak akan seserius tahun lepas berikutan tindakan drastik yang diambil untuk mencegah kebakaran hutan di negara itu.
Penasihat Kanan Mengenai Tenaga kepada Menteri Alam Sekitar dan Perhutanan Indonesia Arief Yuwono berkata Jakarta mempunyai komitmen kukuh untuk mencegah kebakaran hutan, dari peringkat presiden hinggalah ke peringkat akar umbi.
"Kami ada banyak inisiatif ketika ini dan malah mempunyai arahan daripada presiden yang perlu diterjemahkan menteri kami ke dalam bentuk tindakan di peringkat akar umbi.
"Sebagai contoh, pengemblengan 700 penduduk kampung yang bersiap sedia untuk memerangi kebakaran hutan di peringkat akar umbi. Kami juga mengukuhkan penyelarasan kami antara kerajaan pusat dengan gabenor tempatan serta penglibatan sektor swasta.
"Apabila kami buat perbandingan antara 2015 dan 2016, saya percaya berdasarkan ramalan terkini kami, jerebu akan berkurangan, tidak begitu serius, hanya berskala kecil," katanya kepada media selepas menghadiri Mesyuarat Ke-12 Persidangan Pihak-pihak Kepada Perjanjian ASEAN mengenai Pencemaran Jerebu Rentas Sempadan (COP-12) di sini hari ini.
Turut hadir, Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar.
Ditanya sama ada Jakarta akan meminta sokongan ASEAN bagi memerangi kebakaran hutan, Arief berkata mereka akan menggunakan sumber sendiri terlebih dahulu untuk melindungi kedaulatan negara itu.
Katanya, mereka yang bertanggungjawab dalam kebakaran hutan akan dikenakan hukuman berat mengikut undang-undang dan peraturan.
Mengulas tentang penubuhan Pusat Penyelarasan ASEAN bagi memudahkan kerjasama dan sumbangan dalam kalangan negara anggota pertubuhan itu bagi menangani pencemaran jerebu, Arief berkata Jakarta merancang menganjurkan satu bengkel berkaitan isu berkenaan tahun ini.
Pewujudan pusat penyelarasan itu dicadang Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ketika berucap merasmikan mesyuarat itu pagi ini.
Sementara itu, Wan Junaidi berkata Malaysia sedia membantu Indonesia memadam kebakaran hutan dengan mengerahkan pasukan bomba dan penyelamat serta asetnya seperti pesawat amfibia.
"Ketika ini, mereka mahu menggunakan kemampuan dan keupayaan negara mereka sendiri. Jadi, kita perlu menghormati pendirian itu kerana mereka mempunyai inisiatif sendiri," katanya.
Mengenai mesyuarat itu, Wan Junaidi berkata para menteri ASEAN bersetuju menerima pakai Pelan Hala Tuju mengenai Kerjasama ASEAN bagi Mengawal Pencemaran Jerebu Bersama-sama Kaedah Pelaksanaan.
Menurut beliau, pelan hala tuju itu akan menjadi rangka kerja strategik bagi pelaksanaan tindakan bersama untuk mengawal pencemaran jerebu rentas sempadan di rantau ASEAN ke arah mencapai wawasan ASEAN Bebas Jerebu Rentas Sempadan menjelang 2020.
Bernama
Fri Aug 12 2016
Sebuah foto bertarikh 23 Sept 2015 menunjukkan Presiden Indonesia Joko Widodo sedang memeriksa kawasan tanah gambut yang diselubungi api di Banjar Baru, Kalimantan. - Foto AFP
Banjir: Jumlah mangsa kekal 47 orang di dua negeri
Dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka melibatkan dua negeri.
Malaysia pilih jalan sukar, tewas 0-1 kepada Thailand
Malaysia wajib menang menentang Singapura pada 20 Dis ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Simposium Legenda Puteri Santubong dianjur tahun depan - Nancy
Datuk Seri Nancy Shukri berkata simposium itu bakal dianjurkan dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia.
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
Indonesia nafi tuduhan jerebu rentas sempadan melintasi Malaysia
Kerajaan Indonesia melalui Kementerian Alam Sekitar dan Perhutanan (KLHK) menafikan dakwaan berhubung jerebu akibat kebakaran hutan dan tanah (karhutla) di Indonesia melintasi Malaysia.
100 pelajar Malaysia di Jambi dievakuasi
Kira-kira 100 pelajar Malaysia yang menuntut di Jambi sudah bertolak ke Konsulat Malaysia di Pekanbaru bagi urusan evakuasi berikutan keadaan jerebu.
Jerebu: 306 pelajar Malaysia dievakuasi di Pekanbaru, Jambi - NADMA
Seramai 306 pelajar Malaysia yang berada di Pekanbaru dan Jambi, Indonesia, akan terlibat dalam proses evakuasi daripada kawasan tersebut yang diisytiharkan darurat oleh kerajaan Indonesia.
Jerebu: Kerajaan setuju laksana pemindahan pelajar di Riau, Jambi
Kerajaan telah membuat keputusan untuk melaksanakan proses pemindahan pelajar Malaysia dari kawasan-kawasan yang terjejas teruk ekoran bencana jerebu di Riau dan Jambi, Indonesia.
Jerebu tidak begitu serius tahun ini - Indonesia
Indonesia memberi jaminan bahawa tindakan drastik sedang diambil untuk mencegah kebakaran hutan di negara itu.