NILAI: "Salah sikit je". Itu reaksi spontan seorang pekerja warga asing yang bekerja di sebuah premis menjual hiasan dinding ayat al-Quran di kawasan perindustrian Nilai 3 di sini apabila diberitahu terdapat kesilapan pada baris ayat Kursi yang dijualnya.
Kesalahan itu dikesan oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) menerusi operasi khas dilakukan dengan kerjasama Kementerian Dalam Negeri (KDN) Negeri Sembilan dan Majlis Bandaraya Seremban (MBS) pada Sabtu.
Sebelum itu lelaki dari negara Mesir yang berusia 35 tahun itu memberitahu hiasan ayat al-Quran berkenaan dibuat di negara ini, namun terdiam apabila dipersoalkan oleh pegawai JHEAINS.
"Saya baharu kerja dua bulan lebih di sini. Saya pun tak pasti ada ayat al-Quran yang salah kerana kesemua barang-barang ini dibawa oleh majikan saya.
"Saya tak tipu. Saya memang tak tahu," katanya kepada Sinar Harian ketika ditanya lanjut berkenaan perkara berkenaan.
Sementara itu Ketua Pegawai Penguatkuasaan JHEAINS, Nik Azlan Bin Nik Man berkata, operasi terbabit dilakukan susulan daripada penemuan longgokan hiasan dinding ayat al-Quran di Kawasan Perindustrian Arab Malaysia di Nilai baru-baru ini.
"Kejadian itu telah menimbulkan kegelisahan dalam kalangan masyarakat beragama Islam dan merupakan satu kesalahan serius.
"Jadi berdasarkan risikan, kita telah melakukan pemeriksaan di beberapa premis dan mendapati terdapat banyak hiasan ayat al-Quran tidak sempurna dijual yang jelasnya telah melanggar Seksyen 14 Akta Percetakan Teks al-Quran 1986,"katanya.
Jelas beliau, menjadi peranan para peniaga untuk ambil perhatian terhadap hiasan ayat al-Quran yang dijual di premis mereka dan bukannya sekadar mencari keuntungan semata-mata.
Katanya, meskipun hanya terdapat kesilapan kecil sama ada pada huruf atau baris ia akan memberi perubahan maksud ayat al-Quran terbabit.
"Jelasnya al-Quran ini tak boleh ada kesilapan langsung walaupun sedikit. Jadi peniaga perlu pastikan hiasan ayat al-Quran yang dijual telah mendapat pengesahan KDN.
"Mereka boleh dikenakan tindakan jika didapati menjual hiasan al-Quran yang tidak mendapat perakuan KDN dan masyarakat pun sebaiknya buat semakan terlebih dahulu sebelum membeli," katanya.
Sehubungan itu katanya, kesemua barangan yang didapati tidak tepat ayat al-Qurannya telah dirampas KDN untuk dijadikan sebagai bahan bukti kes.
Sementara itu Timbalan Pengarah Jabatan Undang-Undang dan Penguatkuasaan MBS, Saiful Saadon pula, pemeriksaan lanjut mendapati premis berkenaan telah beroperasi tanpa lesen.
"Kedai ini dah beroperasi empat bulan. Sebelum ini kita dah pun minta pemilik buat permohonan lesen dan telah pun beri amaran. Tapi nampaknya pemiliknya masih tidak mengendahkannya.
"Jadi apabila operasi dilaksanakan dan didapati pula premis ini dijaga oleh pekerja warga asing, kita terpaksa menyitanya dan diarah tutup sehingga pemiliknya memperoleh lesen kerana itu adalah prosedur operasi standard ditetapkan (SOP)," katanya.
Hadir sama, Ketua Unit Operasi Bahagian Penguatkuasaan JHEAINS, Ahmad Zaki Hamzah. -Sinar Harian
Sinar Harian
Sun Jan 01 2023
Ahmad Zaki menunjukkan kesilapan pada ayat Kursi yang dijual di salah sebuah premis yang diperiksa. -Foto Sinar Harian
Kertas kabinet wujud sektor sukan dibentang dalam tempoh sebulan - Hannah
Hannah berkata dengan data yang lebih menyeluruh melibatkan sektor industri sukan nanti, pihaknya akan mampu merangsang pertumbuhan sukan di negara ini dengan lebih baik.
Tiga Syarikat Semikonduktor umum melabur di Pulau Pinang - Kon Yeow
Tiga syarikat semikonduktor dari China menyatakan komitmen untuk membuat pelaburan baharu di Pulau Pinang.
Pindaan garis panduan lawatan: Sekolah diharap susun semula program - Fadhlina
Semua sekolah diharap dapat menyusun semula program lawatan masing-masing berikutan pindaan Garis Panduan Lawatan Murid Sekolah pada tahun lepas bagi mengukuhkan pembelajaran di luar kelas, kata Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek.
Kebajikan pendidikan anak-anak dijaga sehingga tamat sekolah - KPM
Kementerian Pendidikan Malaysia akan memastikan kebajikan pendidikan anak-anak 10 pegawai dan anggota Tentera Laut Diraja Malaysia yang terkorban dalam nahas helikopter di Lumut, Perak, terus dijaga sehingga mereka tamat persekolahan.
Chegubard ditahan polis berkaitan hantaran mengenai kasino di Forest City
Chegubard ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi di sini berkaitan hantaran mengenai pengoperasian kasino di Forest City pada Sabtu.
Zahid minta pihak dalam BN buka "buku baharu"
Ahmad Zahid menegaskan senario politik tanah air sudah berubah dan terdapat banyak video lama dari parti lawan yang meminta pengundi menyokong DAP.
Malaysia kongsi pengalaman dalam usaha berterusan mempertahan Palestin
Delegasi negara akan berkongsikan peranan Malaysia dalam usaha berterusan mempertahankan nasib Palestin dalam Persidangan Liga Parlimen Al-Quds kelima yang berlangsung di Istanbul, Turki pada Sabtu.
Universiti Malaya mohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia
Jabatan Pengajian Antarabangsa dan Strategik, Universiti Malaya memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia berhubung kenytaaan tidak bertanggungjawab Profesor Dr Bruce Gilley pada 24 April lalu.
Genting Malaysia nafi terbabit perbincangan
Selepas Berjaya Corporation Bhd dan Kerajaan Negeri Johor, kini Genting Malaysia Bhd pula menafikan sebarang penglibatan dalam perbincangan mengenai pengoperasian kasino di Forest City, Johor.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 27 April 2024.
Polis siasat dakwaan warga asing hantuk kepala ke dahi anggota tentera di Nilai 3
Sebelum ini tular sebuah video di aplikasi TikTok mendakwa seramai 15 hingga 20 warga asing telah mengepung dan menumbuk rakyat Malaysia yang bertugas sebagai askar.
'Dakwaan ubah suai tandas awam jadi milik persendirian tidak benar'
Datuk Bandar berkata, bangunan berkenaan berstatus pemilikan berstrata yang diuruskan oleh ejen pengurusan.
JHEAINS kesan kesalahan pada perhiasan ayat al-Quran di Nilai 3
Operasi terbabit dilakukan susulan daripada penemuan longgokan hiasan dinding ayat al-Quran di Kawasan Perindustrian Arab Malaysia di Nilai baru-baru ini.
Tular 'Nilai 3 terletak di negeri Selangor', polis siasat pemilik akaun Facebook N9 RADAR
Polis membuka kertas siasatan berhubung kes seorang pemilik akaun Facebook, disyaki menyebarkan berita palsu yang boleh menimbulkan kegentaran awam mengenai isu Nilai 3 terletak di negeri Selangor.
Polis panggil Neelofa, PU Riz isu tular rentas negeri beli karpet di Nilai 3
Selebreti Neelofa terus mencetuskan kontroversi di media sosial apabila sekali lagi dia didakwa 'merentas negeri' ke Pusat Perniagaan Nilai 3 di Negeri Sembilan.