ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 27 April 2024.

1. Freedom Flotilla to Gaza: Semua delegasi diminta pulang, FFC akan maklumkan tarikh baharu misi

Kesemua delegasi yang terlibat dalam misi Break The Siege: Freedom Flotilla to Gaza diminta pulang ke negara masing-masing selepas Freedom Flotilla Coalition (FFC) tidak dapat meneruskan misi penghantaran bantuan ke Gaza untuk kali ini.


2.  PRK Kuala Kubu Baharu saksikan pertandingan empat penjuru

Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu bakal menyaksikan pertandingan empat penjuru di antara Khairul Azhari Saut (Perikatan Nasional), Pang Sock Tao (Pakatan Harapan), Nyau Ke Xin (Bebas) dan Hafizah Zainudin (Parti Rakyat Malaysia).


3. 1MDB: Prosiding Najib julung kali dibuat pada Sabtu

Julung-julung kalinya, prosiding kes rasuah dan pengubahan wang haram berjumlah RM2.3 bilion dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB), membabitkan Datuk Seri Najib Tun Razak berlangsung di Mahkamah Tinggi di sini pada Sabtu. 


4. Piala Thomas: Lee Zii Jia beri mata pertama buat Malaysia!

Kemenangan straight set membenarkan Malaysia meraih mata pertama dalam aksi peringkat kumpulan saingan Piala Thomas berdepan Hong Kong di Chengdu, China.


5. Empat maut, dua pacuan empat roda bertembung

Empat individu maut apabila dua pacuan empat roda bertembung di Kilometer 78, Jalan Kota Bharu-Gua Musang di Gua Musang tengah malam tadi.


6. Kes 1MDB: Najib percaya Blackstone dikawal Arab Saudi, Raja Abdullah - Saksi

Penguasa Kanan SPRM, Nur Aida Arifin berkata demikian semasa prosiding kes empat pertuduhan membabitkan bekas Perdana Menteri itu.


7. Pengusaha stesen minyak berdepan ugutan diminta buat laporan polis - Saifuddin

Pengusaha stesen minyak yang menjadi mangsa ugutan sindiket penyeludupan bahan api bersubsidi digesa membuat laporan polis.
 

8. Nahas helikopter Lumut: Presiden Turkiye ucap takziah kepada keluarga anggota, Malaysia - Anwar

Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan mengutuskan ucapan takziah kepada keluarga 10 wira negara yang terkorban dalam nahas helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Lumut, Perak pada Selasa lepas.


9. Jabatan Pengajian Antarabangsa dan Strategik UM mohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia

Jabatan Pengajian Antarabangsa dan Strategik, Universiti Malaya (UM) memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia berhubung kenyataaan tidak bertanggungjawab Profesor Dr Bruce Gilley pada 24 April lalu.


10. Pengusaha stesen minyak berdepan ugutan diminta buat laporan polis - Saifuddin

Pengusaha stesen minyak yang menjadi mangsa ugutan sindiket penyeludupan bahan api bersubsidi digesa membuat laporan polis, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.