KUALA TERENGGANU: Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) menasihatkan seorang lelaki berbadan sasa yang tidak berbaju ketika menjual durian supaya tidak lagi mempamerkan bentuk badannya di khalayak awam.
Ketua Penolong Pesuruhjaya Kanan (Bahagian Dakwah) JHEAT, Zahari Sulong berkata, ia bertujuan menjaga diri sendiri daripada fitnah sekali gus mendapatkan keberkatan dalam urusan perniagaan.
"JHEAT berpandangan apa yang ditularkan itu (video) tidak sepatutnya berlaku bukan sahaja di negeri Terengganu bahkan di seluruh tempat kerana ia mengundang kepada fitnah.
"Netizen-netizen dan orang ramai akan bercakap mengenai perkara tersebut yang tidak elok walaupun beliau tutup aurat, tetapi bila berdepan (berada) di tempat orang awam tak sepatutnya lah dia menunjukkan badan seperti itu.
"Betul lah kalau dia kata dah tutup aurat dengan memakai seluar, tetapi sepatutnya semua kita kena jaga. Kena tutup aurat 'comel', 'molek' sebab kita mahu jaga imej dan maruah diri sendiri. Daripada situ, Insya-Allah, akan ada limpahan rezeki kepada setiap orang ang mencari rezeki halal," katanya ketika ditemui Sinar Harian, di sini, pada Rabu.
Jelas beliau, setakat ini JHEAT mengambil pendekatan memberikan nasihat dan belum mengambil sebarang tindakan tegas berhubung perkara itu.
"Kita ada peraturan berkenaan perbuatan mendedahkan tubuh di tempat awam iaitu di bawah Seksyen 35, Enakmen Jenayah Syariah (Takzir) Terengganu," katanya.
Berdasarkan enakmen tersebut, mana-mana orang yang mendedahkan mana-mana bahagian tubuhnya yang pada pandangan umum menimbulkan ghairah di mana-mana tempat awam adalah melakukan kesalahan.
Apabila disabitkan, mereka boleh didenda tidak melebihi RM3,000 atau penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya.
Sebelum ini, tular di media sosial rakaman video dan gambar seorang lelaki berbadan sasa yang dikatakan seorang duda anak tiga tidak berbaju ketika menjual durian di Kampung Baru, Seberang Takir di Jambatan Angkat di sini.
Video yang dikongsikan di aplikasi TikTok dan Instagram lelaki itu mendapat jumlah tontonan yang tinggi sehingga mencecah ratusan ribu tontonan.
Difahamkan, lelaki berstatus duda anak tiga itu merupakan ahli bina badan dan pernah bergelar Mr Body Cantik selama tiga tahun berturut-turut sejak 2017. -- Sinar Harian
Sinar Harian
Wed Jun 07 2023
Difahamkan, lelaki berstatus duda anak tiga itu merupakan ahli bina badan dan pernah bergelar Mr Body Cantik selama tiga tahun berturut-turut sejak 2017. - Foto Sinar Harian
Manfaatkan NADI untuk tingkatkan taraf hidup, perkasa kemahiran - Dr Wan Azizah
Masyarakat digesa agar memanfaatkan kewujudan Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) untuk meningkatkan taraf hidup dan memperkasakan kemahiran diri.
KPDN Melaka rekod 50 kes kesalahan dalam tempoh 23 hari
Sebanyak 50 kes melibatkan pelbagai kesalahan di bawah akta kepenggunaan dengan denda berjumlah RM34,000 direkodkan dalam tempoh 23 hari bermula 1 Jan lepas.
Cabaran Internet dalam Pemulihan Syria: Ini Kisah dari Aleppo
"Selepas 14 tahun perang, Syria mula bangkit. Namun, cabaran besar seperti keterhubungan internet masih menghantui rakyatnya. Ikuti kisah inspirasi dari Aleppo, di mana rakyat Syria berusaha membina semula kehidupan mereka bersama Editor Media Sosial Astro AWANI, Hilal Azmi.
#SyriaBangkit #AWANInews
#SyriaBangkit #AWANInews
Himpunan Rakyat Benci Rasuah kemuka tiga tuntutan
Tiga tuntutan itu ialah menyegerakan pemisahan Pejabat Peguam Negara (AGC) dari Pejabat Perdana Menteri, pembebasan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) dari kuasa eksekutif, dan pelaksanaan Akta Pendanaan Politik.
Polis buru saki baki suspek kes tembak di Tanjung Rhu, Banting
Polis Diraja Malaysia (PDRM) berusaha mengesan dan memburu saki baki kumpulan warga asing yang bertindak menyerang anggota Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) di perairan Tanjung Rhu, Banting, Selangor
#AWANIRingkas 25 Januari 2025 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 25 Januari 2025
1️⃣ Peserta kemuka tiga tuntutan
2️⃣ Serbuan ke atas klinik haram dipertingkat
3️⃣ Kelulusan permohonan kerakyatan dalam sebulan
#awaniringkas
1️⃣ Peserta kemuka tiga tuntutan
2️⃣ Serbuan ke atas klinik haram dipertingkat
3️⃣ Kelulusan permohonan kerakyatan dalam sebulan
#awaniringkas
JPJ kutip RM12.5 juta saman tertunggak menerusi inisiatif kompaun khas RM150
Mereka yang gagal membayar tunggakan saman juga tidak boleh memperbaharui lesen memandu dan cukai jalan sehingga ia dijelaskan.
British Council boleh 'lenyap' dalam sedekad tanpa bantuan kewangan
British Council terdapat di 100 negara di seluruh dunia tetapi kini terpaksa mempertimbang untuk menutup operasi di 30 hingga 40 negara.
Pearly-Thinaah mara ke pentas akhir Masters Indonesia 2025
Gandingan negara itu ambil masa 52 minit untuk singkirkan pasangan dari Korea Selatan, 21-19, 21-16.
AWANI Ringkas: Himpunan Rakyat Benci Rasuah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
JHEAT nasihat 'duda sado' usah tayang badan ketika jual durian
Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) menasihatkan seorang lelaki berbadan sasa yang tidak berbaju ketika menjual durian supaya tidak lagi mempamerkan bentuk badannya.