awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Gabenor Minnesota desak Trump keluarkan ICE susulan insiden tembakan maut
Indonesia bakal perkenal harga tanda aras minimum bagi timah
Parlimen Iraq bersidang Selasa untuk pilih presiden baharu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jika layan Lynas seperti 'paria' ... tiada pelaburan akan masuk - Tun M

Harits Asyraf Hasnan
Harits Asyraf Hasnan
26/08/2019
04:22 MYT
Jika layan Lynas seperti 'paria' ... tiada pelaburan akan masuk - Tun M
Tun Dr Mahathir berkata tindakan menghentikan operasi Lynas hanya akan memburukkan keadaan selain menjejaskan kemasukan pelaburan asing langsung ke Malaysia. - Foto Astro AWANI/SHAHIR OMAR
Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berpandangan bahawa kilang nadir bumi, Lynas Malaysia Sdn Bhd (Lynas) tidak boleh digesa untuk hentikan operasi serta keluar dari Malaysia.
Tegasnya, tindakan itu hanya akan memburukkan keadaan selain menjejaskan kemasukan pelaburan asing langsung ke Malaysia.
“Kita jemput mereka (Lynas) melabur di Malaysia, tapi kemudian kita sedar mereka keluarkan sisa yang banyak. Itu masalahnya.
“Kita hantar pakar untuk menentukan sama ada ia berbahaya dan pakar sahkan ia tidak berbahaya. Mereka yang menentang Lynas, tetap mahu menghentikannnya.
“Ini pelaburan yang besar, RM1.7 bilion, 700 peluang pekerjaan berkualiti dan berpendapatan tinggi. Ia penting kepada pelaburan kita. Jika kita layan Lynas seperti ‘paria’, dan suruh mereka meninggalkan negara ini, kita tidak akan dapat lagi orang melabur ke negara ini,” katanya ketika ditemui media selepas melancarkan Persidangan Pelancongan Sedunia 2019 di sini hari ini.
BACA: Kerajaan kekal pendirian teruskan operasi Lynas
BACA: Anti Lynas koyak manifesto PH
Dr Mahathir menegaskan, keputusan kerajaan untuk menyambung lesen operasi Lynas tidak mempunyai sebarang kaitan dengan hubungan diplomatik antara Malaysia dan Jepun.
“Ia tiada kaitan dengan Jepun atau hubungan rapat saya dengan Jepun,” katanya mengulas laporan yang memetik Lynas memeterai pembaharuan pinjaman mudah bagi tempoh 10 tahun bersama Jepun, sekali gus memacu komitmen syarikat dari Australia itu dalam membekalkan hasil nadir bumi kepada Negara Matahari Terbit.
Topic Berkaitan
#Jepun
#kerajaan
#Lynas
#Mahathir Mohamad
#Malaysia
#Malaysia Baharu
#operasi
#paria
#pelaburan
#Perdana Menteri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan