MALAYSIA
Jika mahu pinda proses lantikan kehakiman, bawa usul kepada kerajaan - PM Anwar

Dalam soal proses pelantikan kehakiman, beliau berkata, perkara itu berlangsung seperti yang diperuntukkan oleh Perlembagaan Persekutuan. - Foto Bernama
PUTRAJAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan, beliau tidak pernah campur tangan dalam keputusan dan urusan berkaitan mahkamah sejak lebih dua tahun mengambil alih pentadbiran negara.
Ringkasan AI
- Anwar tegaskan tiada campur tangan dalam urusan kehakiman Perdana Menteri menegaskan beliau tidak pernah mencampuri keputusan mahkamah sejak memegang jawatan, dan pelantikan kehakiman dibuat mengikut Perlembagaan Persekutuan.
- Anwar menyeru agar semua pihak menghormati proses pelantikan seperti yang ditetapkan dalam Perlembagaan, dan sebarang cadangan pindaan perlu dikemukakan secara rasmi kepada kerajaan.
- Beliau menyatakan penganjuran perhimpunan berkaitan isu kehakiman adalah keputusan kumpulan terbabit, namun menekankan bahawa penjelasan telah diberikan oleh pihak berkuasa termasuk Peguam Negara dan Yang di-Pertuan Agong.
“Seperti yang saya sebut, saya lebih dua setengah tahun tidak pernah campur urusan dan keputusan mahkamah. Itu yang saya ingat penting.
“Soal proses pelantikan (dalam institusi kehakiman) itu seperti yang ditentukan dalam Perlembagaan dan juga bidang kuasa pihak masing-masing,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menunaikan solat Jumaat di Surau Ar-Rahim, Presint 15, di sini.
Mengulas penganjuran perhimpunan berkaitan isu kehakiman yang dijadualkan Isnin ini, beliau berkata, ia adalah keputusan kumpulan terbabit.
Namun katanya, proses pelantikan yang ditetapkan dalam Perlembagaan Persekutuan perlu dihormati.
"Itu keputusan dia (penganjur perhimpunan) tapi kita sudah jelaskan, Peguam Negara (Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar) sudah jelaskan, (Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said jelaskan, malah Yang di-Pertuan Agong pun sudah jelaskan,” ujarnya.
BERITA LANJUT MENYUSUL
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami