Skip to main content

Dunia

Pekerja Samsung batal mogok selepas capai persetujuan dengan pengurusan

FILE - Members of the Samsung Electronics labor union hold up their cards during a rally demanding higher bonuses at its computer chip complex in Pyeongtaek, South Korea, on April 23, 2026. The letters read "Remove the bonuses caps." (AP Photo/Ahn Young-joon, File)
Sebelum ini, kira-kira 31,000 pekerja Samsung dilaporkan bersedia melancarkan mogok susulan penolakan beberapa tuntutan bonus oleh pihak pengurusan, termasuk bayaran kepada unit perniagaan yang mengalami kerugian. -Gambar fail/AP

SEOUL: Samsung Electronics berjaya mencapai persetujuan tentatif saat akhir dengan kesatuan sekerja lewat malam tadi, sekali gus membatalkan rancangan mogok besar-besaran yang dijadualkan bermula hari ini.

Dalam kenyataan, syarikat itu memaklumkan pihak pengurusan dan kesatuan telah mencapai persetujuan berhubung pelarasan gaji serta perjanjian tawar-menawar kolektif.

Kesatuan juga mengesahkan penggantungan pelan mogok selama 18 hari yang sebelum ini dijadualkan berlangsung sehingga 7 Jun, bagi membolehkan ahli mengundi perjanjian baharu bermula Sabtu ini.

Penyelesaian itu dicapai hasil pengantaraan Menteri Pekerjaan dan Buruh Korea Selatan, Kim Young-hoon, selepas rundingan mengenai tuntutan bonus sebelum ini menemui jalan buntu.

Terdahulu, kebuntuan rundingan mencetuskan kebimbangan dalam kalangan pelabur global terhadap kemungkinan gangguan rantaian bekalan cip memori, yang penting bagi pertumbuhan sektor kecerdasan buatan (AI).

Sebelum ini, kira-kira 31,000 pekerja Samsung dilaporkan bersedia melancarkan mogok susulan penolakan beberapa tuntutan bonus oleh pihak pengurusan, termasuk bayaran kepada unit perniagaan yang mengalami kerugian.

Susulan perkembangan positif itu, saham Samsung Electronics melonjak naik sehingga 7.23 peratus pada sesi dagangan pagi di Bursa Saham Korea (KRX) ekoran kelegaan pelabur global.

Must Watch Video

Advertisement