awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Permohonan Dana Inovasi Media Fasa 1 dibuka
'Champagne sparklers' disyaki cetus kebakaran maut di bar Switzerland
'Papa Zola The Movie' terus dominasi, RM50 juta dalam 22 hari
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Jika rakyat Malaysia derma RM2, sudah cukup bantu Ebit Lew beli tablet pelajar'

Isabelle Leong
Isabelle Leong
23/01/2021
14:48 MYT
'Jika rakyat Malaysia derma RM2, sudah cukup bantu Ebit Lew beli tablet pelajar'
Ebit Lew menerusi satu muat naik di Facebook berkata menerima 43,000 mesej daripada pemohon OKU, tiada pekerjaan, anak yatim piatu dan keluarga kurang berkemampuan untuk memohon untuk kelengkapan gajet untuk pembelajaran di rumah. - Foto Facebook
KUALA LUMPUR:Sekiranya rakyat Malaysia yang berkemampuan dapat menyumbang minimum RM2, jumlah sumbangan tersebut cukup membantu pendakwah bebas, Ustaz Ebit Lew, untuk membeli tablet buat pelajar-pelajar yang memerlukan.
Ketua Pengawai Eksekutif (CEO) Shekhinah PR Sdn Bhd, Christopher Raj, berkata beliau sedih membaca perkongsian Ebit Lew yang memaklumkan menerima mesej daripada 43,000 individu yang memerlukan kelengkapan gajet seperti tablet bagi keperluan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).
Christopher menerusi ciapan di Twitter pada Sabtu berkata beliau sedar bahawa Ebit Lew tidak dapat melakukannya secara bersendirian kerana jumlah membeli keseluruhan tablet tersebut mungkin mencecah RM30 juta.
“Saya menyeru kepada rakyat Malaysia yang prihatin kepada anak-anak yang memerlukan supaya memberi sumbangan seberapa yang mampu kepada Ustaz Ebit agar dapat menyampaikan bantuan tablet kepada 43,000 anak-anak yang memerlukan di luar sana untuk belajar di rumah.
Saya sedar beliau tidak boleh melakukan ini bersendirian. Justeru, saya menyeru kepada rakyat Malaysia yg prihatin kepada anak2 yang memerlukan ini, sumbanglah seberapa yang mampu kepada Ustaz Ebit Lew supaya beliau dapat menyampaikan bantuan tablet kepada 43ribu anak2
— Christopher Raj (@chrisraj23) January 23, 2021
yang memerlukan di luar sana untuk belajar di rumah. Di saat sukar begini, hanya perpaduan dan kesatuan rakyat Malaysia dapat membantu kita mengukir senyuman kepada mereka yang benar-benar memerlukan. Christopher Raj, CEO ShekhinahPR Sdn. Bhd
— Christopher Raj (@chrisraj23) January 23, 2021
“Pada saat yang sukar begini, hanya perpaduan dan kesatuan rakyat Malaysia dapat membantu kami mengukir senyuman kepada mereka yang benar-benar memerlukan,” katanya menerusi laman Twitter peribadinya pada Sabtu.
Tambahnya, beliau telah menyumbang sebanyak 30 buah tablet kepada mereka yang memerlukan di Projek Perumahan Rakyat (PPR) di sekitar Lembah Pantai dan Sentul.
Saya selaku CEO @shekhinahpr telah menyumbang sebanyak 30 tablet kepada mereka yg memerlukan di PPR sekitar Lembah Pantai dan Sentul. Saya juga akan menyumbang sebanyak RM5,000 kepada Ustaz Ebit Lew bagi membantu beliau membeli tablet. pic.twitter.com/yHicspq6ez
— Christopher Raj (@chrisraj23) January 23, 2021
“Saya juga akan menyumbang sebanyak RM5,000 kepada Ebit Lew bagi membantu beliau membeli tablet,” katanya.
Pada Jumaat, Ebit Lew menerusi satu muat naik di Facebook berkata menerima 43,000 mesej daripada pemohon yang kurang upaya (OKU), tiada pekerjaan, anak yatim piatu dan keluarga kurang berkemampuan untuk memohon untuk kelengkapan gajet untuk pembelajaran di rumah.
Sumber Facebook ebitlewofficialpage
Pada entri yang sama, beliau memohon maaf kerana tidak dapat membantu lebih ramai individu yang memerlukan bantuan berkenaan.
Topic Berkaitan
#tablet
#Ustaz Ebit Lew
#Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah
#PdPR
#pelajar
#OKU
#Christopher Raj
#Projek Perumahan Rakyat
#PPR
#Shekhinah PR Sdn Bhd
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan