awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SpaceX lancar kumpulan baharu satelit Starlink
Raja Charles sedia bantu polis siasat dakwaan Andrew kongsi dokumen sulit dengan Epstein
Air Canada gantung penerbangan ke Cuba susulan kekurangan bahan api jet
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jika sokong Najib, isytihar juga sokong 1MDB - Tun Mahathir

Astro Awani
Astro Awani
09/04/2015
10:37 MYT
Jika sokong Najib, isytihar juga sokong 1MDB - Tun Mahathir
Jika sokong Najib, isytihar juga sokong juga 1MDB - Tun Mahathir
Bekas perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menggesa semua pihak yang menyatakan sokongan kepada Datuk Seri Najib Tun Razak agar mengisytiharkan mereka juga menyokong dana pelaburan negara 1Malaysia Development Bhd (1MDB) yang menanggung hutang berjumlah RM42 bilion.
Kata Dr Mahathir, semua yang menyatakan sokongan kepada Najib perlu menyokong 1MDB meminjam RM42 bilion dan ketidakmampuan menjawab tentang ke mana wang tersebut hilang.
“Adakah anda juga sokong (langkah) menyimpan berbilion ringgit di Cayman Islands?
“Adalah anda juga sokong (langkah) bahawa, selepas membawa pulang wang tersebut, ia mesti disimpan di sebuah Bank Switzerland di Singapura?
“Adakah anda menyokong penjelasan bahawa wang tersebut tidak boleh dibawa pulang ke Malaysia oleh perdana menteri dan menteri kewangan kerana Bank Negara akan banyak soal?,” soal Dr Mahathir menerusi blognya chedet.cc hari ini.
Dalam tulisan terbarunya, Dr Mahathir turut menyoal pihak yang mempertikai tindakan beliau mengkritik Najib, mengapa perdana menteri itu tidak dapat menjawab soalan mudah yang diajukannya.
Dr Mahathir mengambil contoh isu yang dibangkitkannya mengenai hutang 1MDB yang berjumlah RM42 bilion dan pembunuhan warga Mongolia Altantuya Shaariibuu.
"Saya ingin bertanya kepada penyokongnya sama ada sokongan mereka itu bermakna kehilangan RM42 bilion itu tidak mengapa? Tidak perlu paling kurang pun dijelaskan di mana wang itu?
"Kalau anda rasa tidak mengapa, pergilah suruh Daim, Tengku Razaleigh, Shahrir Samad dan Khairy Jamaluddin diam," katanya.
Topic Berkaitan
#1MDB
#Dr Mahathir Mohamad
#Najib Tun Razak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan