awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Indonesia terus perkukuh sokongan kepada Gaza menerusi saluran diplomatik
Mohamad Hasan lakukan lawatan kerja ke AS bagi Mesyuarat Mineral Kritikal
Perpaduan bukan tentang setuju semua perkara, tetapi kewarasan sebelum emosi - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jika tidak dititikberatkan, tindak balas bahan kimia boleh cetus keadaan lebih teruk - Pakar

Fareez Azman
Fareez Azman
27/06/2019
21:58 MYT
Jika tidak dititikberatkan, tindak balas bahan kimia boleh cetus keadaan lebih teruk - Pakar
Raja Kamarulzaman membuat kajian di makmalnya di UTM Skudai pada Khamis. - Foto Astro AWANI/Fareez Azman
Sejak beberapa hari lalu, tindakan drastik telah diambil oleh pihak berkuasa terutamanya Jabatan Alam Sekitar (JAS) keatas beberapa kilang yang menggunakan bahan kimia di Pasir Gudang, Johor.
Namun sejauh mana keberkesanan tindakan berkenaan serta kesedaran pengurusan risiko kepada setiap kilang?
Menurut Timbalan Pengarah Pusat Laser dan Penyelidik Fakulti Sains Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Dr Raja Kamarulzaman Raja Ibrahim, pengoperasian setiap kilang amat dititik beratkan oleh pihak berkuasa.
Terdapat undang-undang dan syarat tertentu yang perlu dipatuhi oleh setiap pengusaha kilang, bukan hanya di Pasir Gudang.
Pemantauan teliti dan berterusan terhadap tindak balas bahan kimia yang digunakan dalam proses di setiap kilang juga perlu demi memastikan keselamatan penduduk di sekitar daerah terbabit.
"Kena ada peraturan tertentu di mana kita perlu tahu punca bahan kimia yang boleh menghasilkan tindak balas. Di makmal saya sendiri menggunakan plasma untuk pembaharuan karbon dioksida dengan metana, tindak balas kedua-dua gas terbabit menghasilkan hidrogen sianida.
"Kita tahu pihak berkuasa menjalankan tindakan komprehensif dan Jabatan Kimia juga ada peraturan tertentu di mana kilang kena daftarkan kepada pihak berkuasa. Tetapi mengenai tindak balas ini, perlu diselidik kerana ia boleh menghasilkan bahan berbahaya," katanya.
Dalam kejadian minggu lalu, seramai 330 mangsa terkesan selepas menghidu bahan kimia yang tercemar.
Daripada jumlah itu sehingga kini, hanya empat mangsa masih diberi rawatan di wad Hospital Sultan Ismail.
Topic Berkaitan
#Dr Raja Kamarulzaman Raja Ibrahim
#Gas beracun
#Malaysia
#mangsa
#Pasir Gudang
#pencemaran
#pencemaran gas
#pencemaran udara
#undang-undang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan