Masyarakat India di Malaysia memainkan peranan penting dalam membangunkan negara kerana mereka sentiasa berada di barisan hadapan tadbir urus, perkhidmatan awam, sektor perniagaan, hiburan, pendidikan dan makanan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Ketika menyampaikan ucaptama pada Persidangan Pemimpin Perniagaan Asia 2017 di sini malam ini, Najib berkata, tanpa masyarakat itu, Malaysia tidak akan membangun seperti hari ini, dan mereka merupakan penyebab utama bagi Malaysia dan India menjalin hubungan yang lebih rapat lagi mesra.
"Masyarakat India adalah komponen penting daripada kepelbagaian kita, budaya dan agama mereka membantu membentuk kekayaan budaya dan kemajmukan negara kita - yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama tetapi membentuk Satu Malaysia.
"Oleh kerana mengiktiraf sumbangan mereka, kita melancarkan Pelan Tindakan Pembangunan Masyarakat India pada April tahun ini, dan saya yakin pelan sepuluh tahun itu akan memainkan peranan utama dalam memperkasakan semua kelompok masyarakat India di Malaysia," kata Najib.
Persidangan dua hari itu, yang dianjurkan oleh The Economic Times, yang berpangkalan di India, mengumpulkan pemimpin pemikir dan kerajaan serta pemimpin perniagaan dari seluruh Asia untuk terus memperjuangkan integrasi ekonomi yang lebih mantap antara negara-negara membangun dan negara-negara terkemuka di rantau ini.
Menurut kenyataan akhbar, perbincangan daripada edisi tahun ini, akan memberi tumpuan kepada langkah-langkah yang perlu diambil oleh Asia sebagai satu unit untuk mencapai matlamat pembangunan dan bergerak ke arah bukan sahaja melengkapkan ekonomi bebas tetapi juga keunggulan dalam tatacara baharu dunia.
Sementara itu, Najib juga berkata India dan Malaysia mempunyai banyak persamaan kerana rakyat dari kedua-dua negara berpegang teguh tentang perlunya untuk mengekalkan keamanan serantau dan memerangi keganasan dan ekstremisme.
Selain itu, Najib juga berkata kedua-dua negara telah diiktiraf di peringkat global sebagai dua ekonomi yang bergerak seiring.
"Kami telah menunjukkan komitmen kepada forum serantau dan pelbagai hala, berdasarkan keanggotaan dalam Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB), Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM), Komanwel,, Kumpulan 15 dan Kumpulan 77 campur China, Persatuan Negara-negara Pesisir Lautan Hindi, dan Sidang Kemuncak Asia Timur sementara melalui ASEAN, kita menikmati perdagangan bebas dengan India.
"Sejak bertahun-tahun, kedua-dua negara menikmati pertumbuhan yang sihat - kita baru mencatatkan pertumbuhan 6.2 peratus Keluaran Dalam Negara Kasar (GDP) bagi suku ketiga tahun ini, dan Program Transformasi Ekonomi telah menyaksikan 2.26 juta peluang pekerjaan di wujudkan sejak 2010, inflasi terus rendah, dan pendapatan Negara kasar meningkat sebanyak hampir 50 peratus," kata beliau.
Sebelum mengakhiri ucapannya, Najib melahirkan harapan bahawa persidangan itu akan mencapai matlamatnya ungtuk mengukuhkan hubungan yang mantap antara Malaysia dan India sefrta seluruh Asia.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Nov 29 2017
Najib berucap pada Majlis Makan Malam Gala 'The Economic Times Asian Business Leaders Conclave' di sebuah hotel malam ini. --fotoBERNAMA
Vincente kekal optimis walaupun tewas 0-1 kepada Thailand
Pengendali kelahiran Sepanyol itu menyatakan rasa bangga terhadap prestasi pemainnya, terutama sekali menentang juara bertahan kejohanan itu.
Mesir, pegawai AS bincang usaha gencatan senjata di Gaza
Presiden Sisi menekankan keperluan segera untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan ke Gaza.
Tiga ditahan, pelbagai dadah bernilai RM44,200 dirampas
Semakan rekod lampau mendapati ketiga-tiga suspek mempunyai rekod berkaitan jenayah narkotik.
Banjir: Jumlah mangsa kekal 47 orang di dua negeri
Dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka melibatkan dua negeri.
Malaysia pilih jalan sukar, tewas 0-1 kepada Thailand
Malaysia wajib menang menentang Singapura pada 20 Dis ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Simposium Legenda Puteri Santubong dianjur tahun depan - Nancy
Datuk Seri Nancy Shukri berkata simposium itu bakal dianjurkan dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia.
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Taylor’s University terus cemerlang, lonjak lima anak tangga QS Asia University Rankings 2025
Taylors University melonjak lima anak tangga untuk menduduki tempat ke-36 dalam QS Asia University Rankings 2025.
Muhammad Azeem mahu jadi Raja Pecut Asia 2025
Katanya, beliau kini dalam fasa transisi perubahan corak latihan di bawah kendalian Ken Harden yang dijangka beri kesan positif terhadap prestasinya.
Sumbangan Tunku Abdul Rahman di peringkat ASEAN, antarabangsa amat besar - Arkib
Generasi sekarang mungkin sekadar mengingati Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj sebagai pejuang kemerdekaan dan pembentukan negara, dan seterusnya sebagai Perdana Menteri Malaysia yang pertama.
Pasaran saham Asia menjunam akibat kebimbangan kemelesetan di Amerika Syarikat
Pasaran saham utama di Asia mengalami kejatuhan besar pada Isnin akibat kebimbangan bahawa Amerika Syarikat mungkin menuju kemelesetan.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
WEF China membuka tirai, tangani indikator negatif ekonomi global
Lima indikator negatif tersebut termasuk faktor geopolitik (79 peratus), paras hutang (68 peratus) dan polarisasi sosial (65 peratus).
Qatar tawar insentif lebih RM11 bilion untuk pelabur luar sertai agenda transformasi digitalnya
Qatar tawar QR9 bilion (lebih RM11 bilion) untuk pelabur sertai agendanya membuat transformasi digital, termasuk AI dan bahasa Arab.
Serangan dron Iran tidak akan berlaku sekiranya Israel berhenti seksa rakyat Palestin - Pakar
Serangan dron oleh Iran ke atas Israel tidak akan berlaku sekiranya rejim Zionis itu menghentikan kedegilan dan kerakusan membunuh dan menyerang rakyat Palestin.
MITEC dinobat sebagai Pusat Konvensyen Terbaik Asia, Malaysia 2023 oleh World MICE Awards
Venue pertama dibina khas di Malaysia untuk mesyuarat, persidangan, pameran dan acara gaya hidup yang merangkul anugerah berprestij itu.
Bursa Malaysia lepasi paras 1,500 selepas setahun
FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) telah melepasi paras 1,500 mata.