IPOH: Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Perak menahan 95 warga asing dalam serbuan ke atas 25 premis di sekitar Ipoh dan Gopeng, semalam.
Timbalan Pengarah JIM Perak Sharmanrizal Rustam berkata kesemua mereka yang ditahan terdiri daripada lima lelaki warga Indonesia; 18 lelaki warga Bangladesh; sembilan lelaki, tujuh wanita serta masing-masing seorang kanak-kanak lelaki dan perempuan warga Myanmar.
Beliau berkata turut ditahan seorang lelaki warga Pakistan, seorang lelaki dan 10 wanita warga Kemboja, 16 lelaki dan 23 perempuan warga Thailand, masing-masing seorang wanita warga Laos dan Filipina serta seorang lelaki warga Mesir.
"Operasi melibatkan 20 pegawai yang bermula 11 pagi hingga 12 tengah malam itu, membabitkan pemeriksaan terhadap 119 individu di tujuh kedai pakaian, tujuh premis makanan, masing-masing sebuah pusat cuci kereta, pusat hiburan dan pusat rekreasi serta lapan lot penjaja swasta," katanya dalam kenyataan hari ini.
Sharmanrizal berkata kesemua warga asing tersebut ditahan bagi tujuan siasatan kerana dipercayai dengan munasabah telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 iaitu tidak memiliki sebarang pas yang sah untuk berada di dalam negara ini.
"Mereka yang ditahan turut disiasat di bawah Seksyen 15(1)(c) iaitu telah tinggal lebih masa dan kesalahan di bawah Peraturan 39(b), Peraturan-peraturan Imigresen 1963 iaitu melanggar syarat Pas Lawatan," katanya.
Justeru, Sharmanrizal berkata pihaknya berharap masyarakat dapat membuat laporan atau aduan bagi membantu JIM membanteras kebanjiran pendatang tanpa izin di negara ini.
Beliau berkata JIM juga akan mengambil tindakan tegas terhadap majikan atau individu yang menggaji atau melindungi pendatang tanpa izin termasuk pendakwaan di mahkamah.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jan 07 2024
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Perak menahan 95 warga asing dalam serbuan ke atas 25 premis di sekitar Ipoh dan Gopeng, semalam. - Foto JIM Perak via Sinar Harian
MSPO mampu penuhi permintaan EUDR, kata pakar
Panel pakar pensijilan yang dipanggil oleh MPOC telah menilai keupayaan pensijilan MSPO sebagai instrumen untuk memastikan pematuhan kepada EUDR.
SUKMA XXI bakal bawa limpahan ekonomi kepada Sarawak - Abdul Karim
Pemain industri perhotelan, inap desa dan pengusaha makanan serta pengangkutan di Sarawak bakal menerima limpahan ekonomi daripada penganjuran temasya SUKMA XXI Sarawak 2024.
Minggu Latihan Kebangsaan pupuk budaya pembelajaran sepanjang hayat - HRD Corp
HRD Corp bakal menganjurkan NTW pada Jun ini, bertujuan menerapkan budaya pembelajaran sepanjang hayat dalam kalangan rakyat melalui peluang meningkatkan kemahiran dan pembelajaran secara percuma.
Kru kapal dikaitkan dengan Israel dibebaskan
Iran berkata pembebasan anak kapal adalah tindakan kemanusiaan dan mereka boleh pulang ke negara mereka bersama kapten kapal.
Agensi Risikan Seoul beri amaran Korea Utara rancang serangan ke atas kedutaan
Agensi Risikan Korea Selatan mengeluarkan amaran Pyongyang sedang merancang serangan yang menyasarkan pegawai dan rakyat Seoul di luar negara, dan kementerian luar perlu meningkatkan tahap amaran untuk misi diplomatik di lima negara.
20 terkorban bas terjatuh dalam gaung di utara Pakistan
Bas berkenaan dalam perjalanan ke kawasan pergunungan utara Gilgit-Baltistan dari Rawalpindi di wilayah timur Pakistan.
MKT UMNO beri komitmen sokong kempen calon PH
Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO bersetuju untuk memberi komitmen penuh untuk membantu calon Pakatan Harapan (PH), Pang Sock Tao pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu, pada 11 Mei ini.
Laluan alternatif hubungkan Sibu-Kapit akan dibina
Satu jajaran jalan baharu akan dibina sebagai laluan alternatif yang akan menghubungkan Sibu dengan Kapit melibatkan jarak kira-kira 66 kilometer (km).
UNESCO anugerahkan hadiah kepada wartawan Palestin
Wartawan berkenaan dianugerahkan Hadiah Kebebasan Akhbar Dunia UNESCO/Guillermo Cano 2024 pada Khamis di Chile, lapor agensi berita Jerman (DPA).
Malaysia, Jepun bincang kerjasama perdagangan, pertanian
Malaysia dan Jepun mengadakan perbincangan dua hala yang antara lain menyentuh mengenai perdagangan, pertanian dan peranan Malaysia sebagai hab halal yang boleh dimanfaatkan negara itu.
JIM Perak tahan 95 pendatang tanpa izin
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Perak menahan 95 warga asing dalam serbuan ke atas 25 premis di sekitar Ipoh dan Gopeng, semalam.
Lagi 32 warganegara China ditangkap jalankan aktiviti dalam talian
Ada antara mereka cuba melarikan diri dengan melompat pagar rumah tersebut, namun berjaya dikepung oleh pegawai.
GRO menangis minta dilepaskan dalam serbuan imigresen
Dalam operasi melibatkan 20 anggota dan pegawai yang dijalankan bermula pukul 12 tengah malam hingga 2.00 pagi, pihaknya menahan enam warga asing termasuk dua lelaki Vietnam.