KUALA LUMPUR: Perenang wanita negara Phee Jinq En menyifatkan banyak aspek perlu diperbaiki biarpun berjaya meraih emas acara 50 meter (m) kuak dada wanita pada hari terakhir Kejohanan Terbuka Malaysia ke-64 di Pusat Akuatik Nasional Bukit Jalil, semalam.
Jinq En, 24, yang mewakili Selangor mencatat masa 32.77 saat (s) untuk mengetepikan cabaran Tan Rouxin dari Johor di tempat kedua dengan catatan masa 33:66s.
Tempat ketiga diraih perenang Kuala Lumpur, Elsa Eow yang mencatat masa 35:05s.
Catatan masa dilakar pemenang emas Sukan SEA 2019 di Filipina bagi acara itu sekali gus melayakkan beliau bagi kategori B ke Sukan SEA Hanoi, Mei depan.
"Emas ketiga namun saya tidak berapa gembira dengan catatan masa diraih dalam ketiga-tiga acara yang saya sertai dalam kejohanan ini. Ada banyak lagi perlu diperbaiki sebelum Sukan SEA berlangsung.
"Walaubagaimanapun saya menyaksikan ada sedikit perkembangan dari segi persembahan saya selepas kembali ke dalam skuad negara," katanya kepada Bernama selepas aksinya semalam.
Jinq En sebelum ini turut meraih emas acara 100m kuak dada wanita pada hari pertama kejohanan (Khamis) sebelum meraih emas kedua dalam acara 200m kuak dada keesokan harinya.
Sementara itu, perenang muda meningkat naik Khiew Hoe Yean mewakili Kuala Lumpur melengkapkan emas keenamnya pada kejohanan itu selepas mengunguli acara 1,500m gaya bebas lelaki dengan mencatat masa 15 minit 30:90s.
Emas diperoleh Hoe Yean itu juga mudah diraih selepas pencabarnya Olimpian negara Welson Sim membuat keputusan menarik diri daripada menyertai acara tersebut di saat akhir.
Tempat kedua acara itu diraih Jayden Tan Khai Xin dari Kuala Lumpur dengan catatan 15:56:87s sementara tempat ketiga menjadi milik perenang Melaka Low Zheng Yong yang merekod masa 16:02:02s.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Mar 06 2022
Phee Jinq En ceria selepas beraksi dalam acara 200m Kuak Dada Kategori Wanita dalam Kejohanan Renang Terbuka Malaysia Ke-64 di Kuala Lumpur, 4 Mac 2022. --fotoBERNAMA
[INFOGRAFIK] Demografi Malaysia Suku Tahun Pertama 2024
Berikut adalah info berkenaan dengan demografi Malaysia pada suku tahun pertama 2024.
[TERKINI] KWSP terima 2.86 juta permohonan pindah ke Akaun Fleksibel
2.86 juta permohonan pindahan amaun permulaan diterima dan dipindahkan dari Akaun Sejahtera ke Akaun Fleksibel membabitkan jumlah RM8.78 bilion.
484 calon SPM di Sabah peroleh keputusan cemerlang
Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS), Datuk Raisin Sadin dalam satu kenyataan memaklumkan, ini peningkatan 140 calon yang memperoleh keputusan cemerlang berbanding 344 calon pada tahun 2022.
RM1 juta diperuntuk bagi pengamal media dalami latihan teknologi AI
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, sejumlah RM1 juta diperuntukan khusus untuk pengamal media mendalami teknologi AI.
Warga emas terselamat jatuh dari tingkat 16
Seorang warga emas terselamat selepas terjatuh dari tingkat 16 kediamannya di Azelia Residence PJU 9, Damansara Damai dekat sini pada Isnin.
Rombakan PKR: 'Tiada konflik dalaman' - Nik Nazmi
Keputusan PKR merombak Majlis Pimpinan Negeri (MPN) di tujuh negeri melibatkan Sarawak, Sabah, Pahang, Johor, Terengganu, Kelantan dan Wilayah Persekutuan bukan berpunca daripada konflik dalaman.
Kod Etika Kewartawanan bukan dipaksa oleh penguasa atau kerajaan - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Kod Etika Kewartawanan bukan menetapkan sesuatu yang dipaksa oleh penguasa atau kerajaan, tetapi kod untuk mengangkat martabat dan harakat bangsa.
'Tak hilang diri... jika semua selesai hari ini, esok saya nikah' - Mohd Azlan
Mohd Azlan Ishak, 36, menjelaskan dia tidak menghilangkan diri sebaliknya sedang menguruskan urusan pernikahan dalam tempoh beberapa hari ini.
SPRM belum terima notis isytihar harta dua anak Tun M
Azam berkata, pihaknya ada berbincang dengan peguam kepada Mirzan Mahathir dan Tan Sri Mokhzani Mahathir mengenai tempoh pengisytiharan.
Liga Super: Selangor FC kekal harga tiket, sasar stadium penuh
SELANGOR FC akan terus mengekalkan harga tiket untuk aksi Liga Super 2024/2025 di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).
Sukan SEA: Jinq En sumbang pingat tunggal pada hari pertama acara renang
Jinq En menamatkan saingan acara 50 meter (m) kuak dada wanita di tempat ketiga dengan catatan masa 31.94 saat.
Sukan Komanwel: Jinq En, Bryan antara 16 perenang terbaik layak ke separuh akhir
Lara van Niekerk dari Afrika Selatan muncul perenang terpantas daripada 28 peserta dalam empat saringan.
Jinq En masih belum puas hati biarpun raih emas ketiga
Jinq En mencatat masa 32.77s untuk mengetepikan cabaran Tan Rouxin di tempat kedua dengan catatan masa 33:66s.
Olimpik Tokyo: Jinq En pecah rekod kebangsaan, Welson ucap selamat tinggal
Perenang negara, Phee Jinq En, memecahkan rekod kebangsaan acara 100 meter (m) kuak dada wanita dalam pusingan saringan kedua Sukan Olimpik Tokyo 2020 hari ini.
Misi Olimpik 2020: Phee Jinq En, Khairulnizam fokus buru pingat
Bagi atlet renang Phee Jinq En, kecundang di kejohanan Olimpik sulung Rio 2016 tidak mematahkan semangat juangnya.
Renang: Jinq En rela keluar duit sendiri
Selepas empat tahun menetap di Amerika Syarikat (AS), perenang berusia 22 tahun itu mengambil keputusan untuk terus berada di sana meskipun bakal menamatkan pengajian bulan depan.
Masa depan cerah untuk perenang negara
Skuad renang negara mempunyai potensi untuk menjadi satu pasukan yang menyerlah di masa hadapan berdasarkan aksi yang memberangsangkan pada Sukan SEA 2019 di Filipina, Disember lepas.
Renang: Jinq En cipta sejarah menangi pingat emas di Monaco
Perenang negara itu menafikan cabaran finalis Kejohanan Dunia, Marina Garcia Urzainqui dari Sepanyol, dengan catatan masa 31.66s yang memecah rekodnya sendiri.