awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JPJ Johor keluar 2,136 notis gagal patuhi peraturan jalan sejak Januari
Jumlah transaksi guna SARA, kes penipuan jual beli antara isu dikupas Dewan Rakyat hari ini
Remaja perempuan 19 tahun maut jatuh tingkat 19 kondominium
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

JIPS siasat anggota pengiring pukul pemandu e-hailing OKU

Firdaus Azil
Firdaus Azil
05/06/2024
13:32 MYT
JIPS siasat anggota pengiring pukul pemandu e-hailing OKU
Azri berkata, mangsa telah dipanggil ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman hari ini, kira-kira jam 11 pagi bagi membantu siasatan tatatertib dengan diiringi peguam dan jurubahasa. - Gambar fail/Sinar Harian
KUALA LUMPUR: Anggota pengiring yang memukul seorang pemandu e-hailing di lobi sebuah hotel di ibu negara baru-baru ini, sedang disiasat oleh Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Pengarah JIPS, Datuk Seri Azri Ahmad dalam satu kenyataan pada malam Rabu berkata, siasatan yang dilakukan itu adalah dari sudut aspek tatatertib.
Sehubungan itu beliau berkata, mangsa telah dipanggil ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman hari ini, kira-kira jam 11 pagi bagi membantu siasatan tatatertib dengan diiringi peguam dan jurubahasa.
“JIPS akan meneliti kes ini dari sudut prosedur operasi standard (SOP) untuk mengesan sebarang pelanggaran, atau salah laku semasa pelaksanaan penugasan.
“Siasatan masih di peringkat awal dan JIPS akan memanggil saksi-saksi lain bagi melengkapkan siasatan,” katanya.
Selain itu Azri menegaskan, JIPS akan menjalankan siasatan secara telus dan tanpa kompromi.
Sebelum ini, pemandu kenderaan e-hailing OKU mendakwa dipukul seorang pengawal pengiring rombongan kenamaan di lobi sebuah hotel ibu negara, namun dia menarik balik laporannya pada hari yang sama.
Pemandu berusia 46 tahun itu mendakwa ditumbuk di kepala ketika diminta untuk mengalihkan kenderaannya.
Susulan itu, mangsa membuat laporan polis selepas menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL).
Ketika membuat laporan, telefon bimbit dan kamera papan pemuka keretanya yang dipercayai merakam kejadian itu dirampas oleh polis.
Topic Berkaitan
#JIPS
#anggota pengiring
#Bukit Aman
#HKL
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan