awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dua lelaki ditahan bantu siasatan kes bunuh ibu tunggal di Sungai Dua
Brendan Gan pilih kekal di Australia
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS dipacu pengukuhan domestik, kenaikan harga minyak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Remaja perempuan 19 tahun maut jatuh tingkat 19 kondominium

Sinar Harian
Sinar Harian
05/02/2026
00:45 MYT
Remaja perempuan 19 tahun maut jatuh tingkat 19 kondominium
Seorang remaja perempuan maut selepas dipercayai terjatuh dari tingkat 19 sebuah kondominium di Batu Caves pada Isnin. - Gambar hiasan
GOMBAK: Seorang remaja perempuan berusia 19 tahun maut selepas dipercayai terjatuh dari tingkat 19 sebuah kondominium di Batu Caves di sini pada Isnin.
Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Noor Ariffin Mohamad Nasir berkata, sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak bersama petugas perubatan Hospital Selayang digerakkan ke lokasi selepas menerima maklumat pada jam 5.49 petang.
Menurutnya, bagaimanapun mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
"Mangsa dipercayai jatuh dari tingkat 19 bangunan kondominium berkenaan.
"Siasatan mendapati mangsa ialah seorang wanita tempatan berusia 19 tahun," katanya dalam kenyataan.
Beliau berkata, pemeriksaan awal di lokasi tidak menemukan sebarang unsur jenayah dan hasil bedah siasat mengesahkan punca kematian akibat kecederaan parah di bahagian kepala yang konsisten dengan impak jatuh dari tempat tinggi.
Jelasnya, kes diklasifikasikan sebagai laporan kematian mengejut (SDR).
Katanya lagi, orang ramai dinasihatkan tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu siasatan serta menghormati privasi ahli keluarga mangsa.
"Sebarang maklumat berkaitan kejadian ini boleh disalurkan kepada Pegawai Penyiasat merangkap Ketua Balai Selayang, Inspektor Mohd Ridzuan Alang di talian 019-4492685 atau Bilik Gerakan IPD Gombak di talian 03-61262222," ujarnya. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#jatuh dari tingkat 19
#kondominium
#remaja perempuan jatuh kondominium
#Batu Caves
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan