awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Billie Eilish menang Lagu Terbaik Tahun Ini untuk 'Wildflower' di Anugerah Grammy
Aerotrain KLIA beroperasi seperti dirancang, gangguan awal tidak timbulkan risiko keselamatan - MAHB
Dua lelaki ditahan lakukan perbuatan tidak senonoh di tempat awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

JIPS siasat tindakan juruiring tahan kenderaan berat secara tiba-tiba

Sinar Harian
Sinar Harian
26/02/2024
07:35 MYT
JIPS siasat tindakan juruiring tahan kenderaan berat secara tiba-tiba
Gambar tular juruiring bermotosikal menahan aliran trafik membabitkan kenderaan berat secara tiba-tiba.
KUALA LUMPUR: Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) akan menjalankan siasatan terhadap anggota juruiring bermotosikal yang menahan aliran trafik membabitkan kenderaan berat secara tiba-tiba.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Allaudeen Abdul Majid berkata, pihaknya sudah mengarahkan JIPS untuk menjalankan siasatan berhubung kejadian tersebut.
"Pihak Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) sudah menyerahkan kes berkenaan kepada Polis Kontinjen Kuala Lumpur untuk menjalankan siasatan lanjut.
"Justeru, Polis Kontinjen Kuala Lumpur menerusi JIPS akan menjalankan siasatan dan tindakan lanjut," katanya ketika dihubungi, pada Isnin.
Kejadian itu tular selepas satu klip video berdurasi 35 saat dipercayai rakaman kamera papan pemuka kenderaan berat berkenaan dimuat naik di media sosial.
Rata-rata pengguna media sosial menyifatkan tindakan juruiring terbabit sebagai berbahaya memandangkan kenderaan berat secara amnya memerlukan jarak sesuai untuk memberhentikan kenderaan.
Tindakan memberhentikan kenderaan secara tiba-tiba dikhuatiri boleh mengakibatkan kemalangan jalan raya atau lebih parah berlaku kematian.
Berdasarkan tarikh pada rakaman, kejadian dipercayai berlaku pada Selasa lalu di susur keluar sebuah lebuh raya.
Video berkenaan yang dikesan tular sejak Jumaat kini sudah mencecah jutaan jumlah tontonan di media sosial. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#video tular
#siasatan polis
#PDRM
#tahan kenderaan berat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan