awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KKR laksana tiga kaedah penyenggaraan tangani isu jalan rosak, berlubang
NG MERS999 rangkul anugerah global 'Social PPP Project of the Year' di Istanbul
Maritim Malaysia perkasa infrastruktur dan aset, pastikan kedaulatan perairan terpelihara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

JKDM Kelantan rampas rokok seludup bernilai RM4.5 juta termasuk cukai

Bernama
Bernama
17/04/2022
22:15 MYT
JKDM Kelantan rampas rokok seludup bernilai RM4.5 juta termasuk cukai
Sebanyak 583 peti mengandungi 5,836,800 batang rokok seludup dirampas dengan nilai keseluruhan RM633,432 dan melibatkan cukai berjumlah RM3,915,631. - Foto JKDM
KOTA BHARU: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Kelantan merampas lebih 5.83 juta batang rokok putih bernilai RM4.5 juta termasuk cukai dalam tiga operasi berasingan antara akhir bulan lepas dan Khamis lalu.
Pengarahnya Mohd Nasir Deraman berkata rokok itu dipercayai diseludup masuk dari negara jiran untuk dipasarkan di negeri ini.
Beliau berkata rampasan dilakukan di Jalan Pasir Pekan, Pasir Mas pada 28 Mac, Kampung Keluat di Bachok pada 10 April dan Pantai Mek Mas, Kota Bharu pada 14 April.
"Dalam kesemua operasi tersebut, sebanyak 583 peti mengandungi 5,836,800 batang rokok seludup dirampas dengan nilai keseluruhan RM633,432 dan melibatkan cukai berjumlah RM3,915,631," katanya dalam kenyataan, pada Ahad.
Mohd Nasir berkata modus operandi yang digunakan adalah dengan membawa masuk rokok seludup melalui Sungai Golok di sempadan negara sebelum diedarkan kepada pelanggan tempatan.
Beliau berkata pihaknya sedang mengesan pemilik rokok seludup berkenaan dan kes disiasat di bawah Seksyen 135(1) (d) Akta Kastam 1967.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Jabatan Kastam Diraja Malaysia
#rokok seludup
#Mohd Nasir Deraman
#Jalan Pasir Pekan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan