awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kajian pilihan raya DBKL bukan agenda DAP, disokong KJ, Nik Nazmi - Anthony
AS bina rizab strategik pertama mineral kritikal - Trump
Hamas sedia serah pentadbiran Gaza kepada Jawatankuasa Kebangsaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

JKDM sita 10.9 juta batang rokok putih libatkan cukai RM7.3 juta

Bernama
Bernama
12/07/2021
05:01 MYT
JKDM sita 10.9 juta batang rokok putih libatkan cukai RM7.3 juta
Sebanyak 10.9 juta batang rokok putih berjaya disita JKDM Zon Tengah Unit III ketika cuba diseludup masuk ke Malaysia di Pelabuhan Barat, Pelabuhan Klang. -Gambar fail
SHAH ALAM: Sebanyak 10.9 juta batang rokok putih berjaya disita Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Zon Tengah Unit III (LTA Kuala Lumpur), ketika cuba diseludup masuk ke Malaysia di Pelabuhan Barat, Pelabuhan Klang dekat sini.
Dalam kenyataan hari ini, Penolong Ketua Pengarah Kastam Zon Tengah Datuk Zazuli Johan berkata, jumlah sitaan pada 16 Jun itu dianggarkan bernilai RM1.09 juta yang melibatkan cukai sebanyak RM7.30 juta.
"Hasil siasatan mendapati, kesemua rokok yang disita adalah diimport dari luar negara tanpa Permit Import yang sah, dan tanpa membayar cukai dan duti ke atasnya," katanya.
Beliau berkata, modus operandi kes itu ialah membuat pengikraran tidak benar terhadap pengimportan rokok dengan mengikrar dagangan sebagai 'general cargoes' di dalam Daftar Masuk, bertujuan untuk mengelakkan daripada Permit Import semasa pengimportan, dan bagi mengelakkan dikenakan duti cukai yang tinggi.
"Perbuatan mengimport rokok tanpa Permit Import merupakan satu kesalahan di bawah Seksyen 135(1)(a) Akta Kastam 1967 dan Peraturan 30(1) Peraturan-Peraturan Zon Bebas (Pindaan) 2019," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kastam
#JKDM
#Akta Kastam 1967
#Zazuli Johan
#Rokok putih
#rokok seludup
#Lari cukai
#cukai
#Zon Bebas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan