awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
UNMISS: 13 Pegawai PDRM selamat tiba di tanah air dari Sudan Selatan
Kanak-kanak 10 tahun maut dalam kemalangan di Kuala Krai
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

JKKN Perak terus pelihara seni budaya tarian Dabus

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
07/06/2024
02:20 MYT
JKKN Perak terus pelihara seni budaya tarian Dabus
Klinik Seni Budaya yang dilakukan ini merupakan usaha untuk memperkenalkan seni tarian dabus kepada golongan muda. - Foto JKKN Perak
IPOH: Dalam usaha untuk memelihara seni tarian warisan, Dabus, Jabatan kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Perak mengadakan klinik dua hari Seni Budaya Tarian Dabus - Program Citra Warisan Budaya Cempaka Sari di sekolah-sekolah sekitar Teluk Intan.
Program pada Rabu dan Khamis itu merupakan aktiviti utama yang akan turut serta dalam Temasya Budaya @ Negeri Perak 2024 di Dataran Menara Condong, Teluk Intan pada 27 hingga 30 Jun depan.
Pengarah JKKN Perak, Abd Rashid Abdullah berkata, enam buah sekolah iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Convent, SMK Seri Setia, SMK Raja Muda Musa, SMK Sultan Abdul Aziz, SMK Abdul Rahman Talib dan SMK Kampung Bahagia mengambil bahagian dalam klinik itu yang melibatkan 320 orang pelajar.
“Klinik Seni Budaya yang dilakukan ini merupakan usaha untuk memperkenalkan seni tarian dabus kepada golongan muda.
“Peringkat umur ini perlu didedahkan agar seni tari Dabus tidak dilupakan dan menjadi sebahagian daripada identiti budaya yang diwarisi oleh generasi akan datang,” katanya dalam kenyataan di sini.
Menurutnya, dengan pengenalan awal itu, diharapkan golongan muda dapat menghargai, mempelajari dan seterusnya memelihara seni tarian dabus untuk memastikan kelestarian warisan budaya terjamin untuk masa hadapan.
Dabus asalnya adalah seni mempertahankan diri yang mengutamakan kepahlawanan, kecerdasan, ketangkasan, dan keperwiraan.
Kini, ia adalah tarian tradisional Perak yang telah bertahan lebih 300 tahun.
Abd Rashid berkata, walaupun tidak popular di kalangan rakyat, usaha pewaris seni itu memastikan Dabis tetap diminati dan dihayati, mencatat sejarah sebagai salah satu tarian tradisional terunggul di negeri Perak.
“Usaha ini turut mendapat sokongan padu daripada pejabat Jabatan Pendidikan Negeri Perak, Pejabat Pendidikan Daerah Hilir Perak, Persatuan Kebudayaan Daerah Kinta, Persatuan Kebudayaan Daerah Hilir Perak,” ujarnya.
Katanya, JKKN Perak turut menerima perkongsian ilmu daripada satu-satunya pewaris Dabus - Yong Timah (Kumpulan Kesenian Dabus Tanjung Bidara, Batu Gajah) yang turun berkongsi ilmu dengan generasi muda.
Topic Berkaitan
#seni tarian tradisional
#Dabus
#JKKN
#budaya
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan