Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Negeri Sembilan membuka akaun Tabung Haji bagi memudahkan orang ramai memberi sumbangan kepada remaja orang kurang upaya (OKU) Muhammad Firdaus Dullah, 15, yang dijumpai dalam keadaan terabai di Flat Taman Semarak, Nilai baru-baru ini.
Pengarah JKM negeri Abdullah Hanapi berkata mereka yang ingin menyumbang kepada remaja itu boleh berbuat demikian menerusi akaun Tabung Haji Muhammad Firdaus bernombor 010602000453616.
Abdullah, yang merupakan pemegang amanah akaun Tabung Haji Muhammad Firdaus, berkata beliau membuka akaun Tabung Haji untuk remaja berkenaan hari ini.
"Setakat ini sejumlah RM13,777.70 diterima ketika orang perseorangan dan badan bukan kerajaan menziarahi remaja itu di Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS) sebelum ini," katanya di sini, hari ini.
Akaun itu, katanya, dibuka untuk mengurus sumbangan yang diterima Muhammad Firdaus bagi keperluan masa depannya.
Sehubungan itu, Abdullah menggalakkan mereka yang ingin menghulurkan sumbangan kepada remaja OKU itu agar menyalurkannya menerusi akaun Tabung Haji Muhammad Firdaus.
Muhammad Firdaus dijumpai dalam keadaan menyayat hati oleh Jabatan Imigresen Negeri Sembilan di dalam sebuah bilik di Flat Semarak, Taman Semarak Fasa 2 di Nilai, Sabtu lepas.
Remaja malang itu ditemui Pengarah Imigresen Negeri Sembilan Faizal Fazri Othman ketika operasi bersepadu di kawasan flat berkenaan selepas melakukan pemeriksaan di rumah itu.
Muhammad Firdaus kini ditempatkan di HTJS untuk rawatan pemulihan.
Bernama
Fri Jun 27 2014
Sejumlah RM13,777.70 telah diterima oleh remaja berkenaan - Gambar Fail
AWANI Ringkas: Jelajah Dunia BWF 2024 di China
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Penjaja kecil rayu kekalkan tapak perniagaan di Dataran MBI
Pertimbangan daripada pihak MBI amat diharapkan bagi memberi peluang kepada mereka untuk berbincang dengan Datuk Bandar Ipoh.
Pusat hiburan operasi lebih masa, 78 ditahan positif dadah
Saringan awal air kencing yang dilakukan mendapati seramai 63 lelaki dan empat warga tempatan serta 11 lelaki warga asing positif dadah.
#AWANIRingkas 15 Disember 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 15 Disember 2024
1️⃣ Agenda reformasi PKR
2️⃣ Johor dan Pahang masih terjejas banjir
3️⃣ Jelajah Dunia BWF 2024 di China
#awaniringkas
1️⃣ Agenda reformasi PKR
2️⃣ Johor dan Pahang masih terjejas banjir
3️⃣ Jelajah Dunia BWF 2024 di China
#awaniringkas
AWANI Pagi: Khalwat & hak individu - Di mana batas penguatkuasaan?
Ikuti perbincangan mendalam #AWANIpagi bersama Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia, Musa Awang yang akan mengupas isu prosedur tangkapan khalwat, hak individu, dan sejauh mana penguatkuasaan syariah dapat dilaksanakan dengan adil tanpa melanggar batas etika dan sensitiviti, Ahad ini jam 7.30 pagi.
Bayrou galas tugas berat satukan Perancis
Ketua Parti Modem berusia 73 tahun itu dilantik sembilan hari selepas Parlimen menggulingkan Michel Barnier.
Mengenang Ananda | Pembina negara: Memanfaat teknologi, menerjah kemajuan
Jejak peninggalan Ananda Krishnan kekal mengakar dibumi, tatkala menerjah langit. Beliau bukan hanya meluaskan empayar perniagaan, tetapi juga mengukuhkan landskap ekonomi negera - dengan aspirasi beliau menjadikan Malaysia sebuah negara maju dan moden.
Mengenang Ananda | Nilai Filantropi: Merealisasikan impian yang memerlukan
Bukan hanya bergelar hartawan, mendiang Ananda Krishnan terkenal dengan sikap dermawan, menyediakan pelbagai jenis biasiswa dan tajaan terutama dalam bidang pendidikan. Mendiang menubuhkan pelbagai badan kebajikan yang memfokuskan pembangunan pendidikan dan modal insan.
Mengenang Ananda | Legasi perniagaan: Merentas pelbagai sektor industri
Pemergian Ananda Krishnan meninggalkan legasi perniagaan yang membanggakan Malaysia. Individu berwawasan tinggi ini menjadi pemacu pertumbuhan ekonomi Malaysia melalui pembinaan KLCC, penubuhan Maxis, Astro, Bumi Armada dan Measat.
ABC News setuju bayar saman fitnah AS$15 juta Trump, mohon maaf
Rangkaian berita itu akan membayar sebanyak AS$15 juta kepada sebuah badan kebajikan dan mengeluarkan permohonan maaf.
Lolanopita meninggal dunia
Allahyarham meninggal dunia ketika sedang mendapat rawatan di hospital akibat penyakit buah pinggang, kencing manis dan darah tinggi.
Rohani ucap takziah atas pemergian Muhammad Firdaus
Menurut Rohani, Muhammad Firdaus pada sebelah pagi masih dalam keadaan sihat dan tidak menunjukkan sebarang tanda kurang stabil.
Remaja OKU, Muhammad Firdaus Dullah meninggal dunia
Firdaus meninggal dunia selepas diserang sawan tengah hari tadi.
Lolanopita dihukum penjara empat bulan dan denda RM10,000
Lolanopita Sadi, yang mengabaikan anak lelakinya yang juga OKU Muhammad Firdaus Dullah selam empat bulan, dijatuhi hukuman penjara tujuh bulan dan denda RM10,000.
Remaja terbiar, Firdaus dibenar keluar dari hospital
Pegawai JKM akan menyediakan laporan sama ada Firdaus akan ditempatkan secara kekal atau tidak di Taman Sinar Harapan Tunku Ampuan Najihah.
Rosmah ziarah Muhammad Firdaus di HTJS
Muhammad Firdaus kini telah pun makan dan tidur dengan baik manakala berat badannya meningkat 2.3 kilogram.
JKM buka akaun Tabung Haji Muhammad Firdaus
Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Negeri Sembilan membuka akaun Tabung Haji bagi memudahkan orang ramai memberi sumbangan kepada remaja orang kurang upaya (OKU) Muhammad Firdaus Dullah.
Remaja OKU akan ditempatkan di Institusi JKM setelah sihat
Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata langkah ini bagi memastikan dia dijaga dengan baik, diberi perlindungan dan juga pemulihan.
Wanita UMNO mahu ambil Firdaus jadi anak angkat
Nasib remaja orang kelainan upaya (OKU), Muhammad Firdaus Dullah,15, yang ditemui dalam keadaan meyayat hati di dalam serbuan Imigresen di Nilai akan dibela Wanita UMNO.
Remaja OKU didakwa diabai ibu tampak lebih sihat
Muhammad Firdaus Dullah, remaja OKU yang disyaki didera ibunya sehingga menjadi kurus kering merima lawatan oleh Datuk Seri Shahrizat Jalil.